Share

Salam Ramadan! Ini merupakan entri pertama saya dalam bulan mulia yang baru memasuki hari kedua. Kesibukan semakin menjerat dan saya tidak pun memikirkan persiapan untuk menyambut hari raya. Hidup sendiri memang begitu, mudah sahaja. Pernah saya pergi cari baju Raya hanya pada malam Raya. Sehinggalah saya disarankan untuk ke Pusat Pakaian Hari Hari. Dapatlah saya dua persalinan untuk Lebaran ini. Jom, saya kongsi pengalaman di Hari Hari…

Percaya atau tidak saya jarang ada baru Raya dan tidak pernah menempahnya kalau bukan emak yang buatkan. Kecil-kecil dahulu emak yang sepenuh masa sebagai tukang jahit akan membuatkan baju Raya untuk anak-anaknya. Semua kakak-kakak saya mengikut jejak emak, walaupun kerjaya berbeza tetapi mereka pergi belajar menjahit dan punya asas membuat baju kurung. Saya ada juga menumpang kakak untuk menjahitkan baju kurung. Tetapi sejak mereka sudah berkeluarga dan menyiapkan baju anak-anak masing-masing, gigit jarilah.

IMG_3292 IMG_3351

Akhirnya saya mengalah dan sempat belajar menjahit dengan emak tiga tahun lalu. Pada tahun itu memang saya jahit sendiri baju Raya dengan bantuan kakak. Tetapi tahun-tahun selepasnya, memang taklah. Saya tak pernah cerewet soal jenama atau cara jahitan. Asalkan saya suka dan selesa menyarungnya. Ketika berkunjung ke Pusat Pakaian Hari Hari yang terletak di Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, The Trillium, Lake Fields, Sungai Besi (waze The Trillium), dapatlah dua persalinan baju kurung. Seronoknya dapat memilih persalinan Raya dengan teman-teman blogger lain.

Nak pecah perut kami bergilir-gilir mencuba baju kurung. Rasa-rasanya petugas pun ketawa melihat gelagat kami. Hampir dua jam jugalah kami berada di situ dan setelah berpuas hati dengan pilihan masing-masing barulah ke kaunter bayaran. Seronoknya datang beramai-ramai kerana kita boleh bertanyakan kawan pendapat mereka. Cantik atau tidak pilihan kita itu. Manalah tahu tidak sesuai dengan kulit.

IMG_3326 IMG_3360

Sempena Ramadan, Pusat Pakaian Hari Hari menyediakan hadiah percuma buat pengunjung. Bermula 18 June, beg ungu percuma diberikan. Juga percuma paket Raya bermula 3 Julai. Jadi, apa nak tunggu kerana Pusat Pakaian Hari Hari ada 76 cawangan di seluruh Malaysia. Harga pun sangat berpatutan dan lumayan. Pusat Pakaian Hari Hari juga menawarkan rekaan terkini dan sesuai buat semua usia. Kiranya siapa-siapa yang berkeluarga boleh dapatkan pakaian sedondon di sini.

unnamed

Kiranya berkunjung ke Pusat Pakaian Hari Hari mengundang nostalgia lama zaman kanak-kanak saat bersama keluarga. Melihat pengunjung sekeluarga datang memilih pakaian bersama anak-anak sangat berharga. Maklumlah, sekarang ini untuk memesan apa sahaja boleh di atas talian. Tetapi percayalah, menyarung sendiri pakaian dan merasai material kita mahu pilih itu lebih puas hati. Luangkanlah beberapa jam sahaja untuk membeli-belah. Pasti berbaloi-baloi.