Share

Hujung minggu datang lagi! Ke mana kita minggu ini? Kamu bukanya ada cuti panjang pun. Dua hari ini tetap mahu diisi dengan keseronokan sepanjang hari. Yalah, lelah bekerja masih bersisa. Setelah memasuki dunia korporat ini saya faham benar tuntutan kerja sehari-hari. Saya diwajibkan duduk di pejabat melunaskan tugas seharian. Ada tak ada pun keluar untuk sesi fotografi dan itu pun sibuknya tak boleh berganjak dari kerusi. Satu persatu gambar perlu dipilih untuk website kami. Hendak lari bayar bil, urusan bank, cuci baju atau terapi diri memang tunggu Sabtu dan Ahad sahaja.

Ingin saya berkongsi pengalaman berhujung minggu di Seremban Prima. Pada Sabtu lalu saya menyertai teman-teman blogger lain dijemput menyambut ulang tahun pertama Seremban Prima. Jadi kami pakat-pakat berkongsi kenderaan, terima kasih daun keladi Ruby kerana menjadi hos terbaik. Saya dan Kelly bertemu di KL Sentral menunggu perjalanan kami bermula. Mujur pagi itu perjalanan kami lancar sahaja tanpa kesesakan trafik. Perjalanan sejam itu kami nikmati dengan gelak tawa dan merancang aktiviti untuk hari itu. Tiba di Seremban Prima, mudah sahaja kami mendapat pakir. Memang banyak pakir disediakan untuk kemudahan pengunjung.

IMG_2067

Sebelum apa-apa, perut masing-masing pun berbunyi. Sementara menantikan teman-teman lain kami mencari kafe manarik untuk sarapan pagi. Pusing sana, pusing sini akhirnya kami memilih Subway. Sebenarnya banyak lagi restoran boleh dipilih kamu seperti Old Town White Coffee, LA Roasteria Coffee, Ayam Penyet Best, MR. Teppanyaki dan lain-lain. Bersambung pula meraikan ulang tahun pertama Seremban Prima. Setelah itu kami dibawa ke Prima Selera Food Court yang terletak di bahagian paling bawah.

IMG_2066

 

IMG_2053

IMG_2062

Kami singgah di gerai Smoothlinks yang menyediakan minuman segar tiga perisa dan sosej stick waffle. Caramel popcorn juga adalah resipi sendiri yang meberi kelainan rasa. Ini kali kedua kami makan setelah pagi tadi masih masih terisi. Namun keenakan sajian dihidangkan membuatkan mulut tidak berhenti mengunyah.

Peluang bersiar-siar disekitar pusat membeli-belah ini tidak kami lepaskan. Terdapat jug ajenama-jemana yang kali pertama bertapak di Negeri Sembilan ini seperti Escape Room, YES 4G, Timberland, Sports Empire, RCB Polo Club, Lover Candy, Music Galaxy dan banyak lagi. Kiranya ruang sewanya sudah 85% dan kadar penghuni dijangka mencecah 95% sebelum akhir tahun ini.

FB Like BoxIMG_2069

20150509_154230

B.O.S. adalah butik menjual barangan bersaiz besar buat yang comel-comel. Malah saiz besar luar biasa kerana faham mereka kadang-kadang susah untuk mendapatkan pakaian yang muat.

IMG_2075

IMG_2129

Terlalu banyak hendak dikongsikan dengan kamu tetapi paling seronok adalah memasuki Escape Room dan menaiki 6D Motion Ride. Saya bukannya rajin berfikir jadi saya mengikut sahaja rakan-rakan. Mungkin akan datang saya nak cuba bilik berhantu pula.

IMG-20150509-WA0024

Kemudian saya dan Kelly berani-beranikan diri menaiki 6D Motion Ride dengan memilih suasana berhantu. Terkejut-terkejut jugalah sampai terangkat kaki. Mana tidaknya macam ada tangan yang menggapai hujung kaki. Selepas itu kami ketawa mengekek kerana lucu dengan keletah masing-masing. Tiket murah saja, dewasa bayar RM15, kanak-kanak RM10 dan pakej keluarga pula RM40.

11146530_10153003426158401_2337122354754577948_n

jj

Bagi kamu yang mahu membawa keluarga bersiar-siar juga boleh ke sini untuk karaoke. Uniknya tema setiap kamar berbeza-beza. Kiranya banyak lagi tempat-tempat manarik boleh kamu kunjungi.

20150509_151703

Tingkat empat menempatkan banyak kedai-kedai menarik serta pusat permainan dan hiburan untuk semua golongan. Tingkat 5 pula menempatkan tempat bermain boling. Sebelum pulang kami dibawa menjamu selera minum kopi panas di kafe La Roasteria Coffee.

IMG_2153


IMG_2149 IMG_2140 IMG-20150509-WA0018 IMG_2139 IMG_2138 IMG_2133

Rancangnya minum kopi panas sahaja tetapi tuan rumah sangat baik menjamu kami dengan menu hebat kafe ini. Terima kasih daun keladi lah. Saya memilih Latte Machiato RM7.80 dan menu di meja kami Carbonara RM12, Hawaiian Chicken RM16.80 dan Classic Mushroom Soup RM6.80. Kalau memilih minuman sejuk, disarankan mencuba Iced Latte RM8.80 atau Slimmer Paradise RM9.80 sahaja.

IMG_2166 IMG_2163 IMG_2160 IMG_2159 IMG_2156

Akhir sekali kami singgah di Harold’s Bread sebelum pulang dan dibekalkan pula dengan roti enak. Petang barulah sampai di Kuala Lumpur. Seharian di Seremban Prima dirasakan tidak cukup untuk menikmati seseluruhan aktiviti disediakan. Kalau mahu keluar dari KL dan menuju ke daerah yang tidak jauh, apa lagi Seremban Prima lah tempatnya.