Sepanjang bertugas sebagai penulis/wartawan, semua negeri telah saya kunjungi kecuali Sarawak. Kali pertama menginjakkan kaki ke Kuching kerana tugas membuat liputan konsert Maher Zain.
Kesempatan mengikut Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia ini membawa saya ke Sibu, Sarawak. Ini kunjungan pertama saya ke Rumah Panjang Bawang Assan
Ngajat. Upacara menyambut tetamu dan tarian ngajat diadakan. Kemeriahan acara dicipta persis sambutan hari Gawai.
Sebelum tiba di rumah panjang kami dipesan pemandu pelancong cara-cara menolak dengan beradab minuman tuak yang bakal dihidang. Sepatu pula di simpan di dalam rumah tepi pintu. Kami disambut mesra dua gadis dan seorang lelaki dalam pakaian tradisi mereka. Marek Empang disarung si gadis dengan perhiasan menawan.
Lima peserta KCC1M dipanggil ke depan untuk satu upacara tradisi di sini. Upacara Miring adalah bertujuan memuja Tuhan mereka untuk meminta segala kebaikan seperti kenaikan gaji, perlindungan dan sebagainya.
Sedang upacara berlangsung perut saya tiba-tiba saja lapar. Saat tetamu disajikan Manok Pansoh, saya paling depan mahu mencubanya. Manok Pansoh dimasak dalam bambu dengan bunga kantan, halia dan garam.
Selepas ziarah di rumah panjang kami check-in ke hotel Paramount. Esok kami akan bertolak ke destinasi seterusnya, Mukah. Pagi di Paramount menikmati sarapan laksa Sarawak sangat enak.
COMMENTS ARE CLOSED