Share

Resipi istimewa daripada Chef Ismail untuk hari minggu kamu yang indah. Apa kata ikuti cerita saya yang seronok sakan di acara Pensonic ini. Kali ini Elegan menjemput rakan untuk memasak bagi Elegan.

Sudah agak lama saya nanti-nantikan acara sebegini. Beramai-ramai bersama teman dan kenalan baharu memasak bersama Dato’ Chef Haji Ismail. Acara Pensonic’s Chef‘s Like Cooking Class ini bersempena Raya-Merdeka Bring Chef Home.

IMG_4178IMG_4190

Paling istimewa apabila Chef Ismail turun pentas bertemu semua peserta di meja kami. Sambil berkongsi resipi, Dato’ juga secara peribadi menegur menu kami dan menambah atau mengurangkan apa yang ada.

Apa kata ikuti di balik tabir kami yang ikut memasak rendang ayam. Ada resipi sekali untuk kamu lebih menikmati. Kalau sudah masak Rendang Ayam Merah, post di IG atau Facebook jangan lupa tag saya #marinimzdotcom atau #eleganmmz ya. Selamat Mencuba!

Untuk maklumat lanjut, log on http://pensonic.com atau telefon Pensonic Careline: 1-800-881-770.