Share

Saya memang regular di Cinnamon Coffee House yang terletak di One World Hotel, Petaling Jaya. Memang rambang mata menjamu selera di sini kerana aneka hidangan tersedia. Jikalau kamu teringin menu tradisional seperti dodol, di sini lah tempatnya.

Kamu seolah-olah menempuh tujuh negeri daripada Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan. Bufet panjang daripada dalam sehingga ke luar restoran memang tidak jemu hendak memilih. Datang dua tiga kali pun belum tentu kamu habis menikmati ketujuh sajian tersaji.

Boleh dikatakan lebih 100 menu tersedia dan memenuhi cita rasa seluruh ahli keluarga atau sahabat handai. Executive Sous Chef Saiful Baharin menyarankan kamu mencuba Kari Ayam Kandar, Sambal Udang Petai, Kambing Semur Kerisik, Gulai Daging Tetel Kawah Tok, Asam Ikan Pedas, Perut Lembu Masak Cili Api dan Sayur Pucuk Manis.

Menu manis pun ada seperti Kek Kukus, Agar Agar, Bubur Pengat Pisang, Ais Kacang, Pulut Serawa Durian dan aneka kuih muih.

Kamu pasti tidak menyesal memilih Cinnamon Coffee House untuk apa sahaja jamuan terutama jika sedang merancang meraikan keluarga atau sahabat handai.