Jumaat tiba lagi, selain merancang hang out dengan teman-tema atau bercuti singkat sabtu dan ahad, bagi kamu yang suka duduk rumah bolehlah mencuba resipi mudah memasak pengat ubi. Masa tahu makan sahaja, rasa kagum dengan keenakan masakan pengat emak. Masa tu tak pernah masuk dapur dan kamu rasa pasti susah nak memasak sesedap ini. Padahal…
Asas memasak sama sahaja tetapi terpulang kepada individu hendak menggunakan bahan utama sama ada ubi, pisang dan sebagainya. Ubi sendirl sudah ada bermacam jenis ubi. Tepuk dada, tanya selera perut nak makan apa. Saya nak berkongsi resipi diajar emak. Pabila dah cuba barulah, ooo, senang sebenarnya. Bolehlah memberi impresi hebat kepada teman-teman, ya tak?
Bahan-bahan pun senang, ikut kata hati. Saya belajar dengan mak, main campak-campak ikut cita rasa. Sebab kalau bab pengat, ada yang suka manis, ada pula yang mahu manis-manis buah sahaja. Saya pilih ubi keledek yang ada orang panggil ubi kuning atau jalar. Kalau salah sila betulkan… Khasiatnya hebat, ada Omega 3, magnesium, fosfor, kalium, natrium, dan seng. Vitamin terkandung di dalam lengkap, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, dan vitamin K. Sediakan santan, gula kerek dan gula.
1. Campur sahaja ubi dengan santan, kalau kemudian nak tambah air pun boleh bagi yang suka berkuah tapi jangan sampai cair tak ada rasa lemak santan.
2. Letak gula kerek atau gula Melaka (orang kelantan panggil tu gula nisan) ikut kata hati. Kalau takut manis, kurangkan kepada satu sahaja tetapi warna keemasannya akan menjadikan kuah pengat ubi jadi cantik nanti.
3. Letak sedikit gula kerana kita dah letak gula kerek. Sesetengah orang boleh pilih antar dua. Kalau dah letak gula nisan tadi, kita tak letak lagi gula biasa tu. Terpulang! Ubi dah khasiat bagus kalau boleh kurangkanlah manis untuk kesihatan juga.
4. Apa lagi masaklah atas dapur dengan api yang sedang-sedang dan kalau boleh kacau sentiasa agar tidaklah kuah menjulang naik keluar periuk atau pecah minyak jadi berketul. Tak cantik sudah.
Balik kerja ni pergi cari ubi, santan dan gula kerek atau nisan. Pstt.. Boleh menunjuk-nunjuk kat si dia juga. Kalau ada…
Selamat Mencuba!