Share

Kisah duka seorang anak menjadi mangsa bom atom jadi sorotan. Sadako Sasaki berusa dua tabun ketika bom itu dilepaskan. Sepuluh tahun berlalu, gadis yang tingal di sekitar jembatan Misasa, Hiroshima, Jepun itu menderita sakit leukemia.

Sadako Sasaki berusaha membuat seribu lipatan burung bangau kertas kerana percaya dia akan sembuh. Sayangnya, dia meninggal dunia di usia 12 tahun pada 25 Oktober, 1955. Semua rakan sekelas menghabiskan membuat lipatan tersebut dan diabadikan bersama Sadako Sasaki. Kisahnya itu menjadi legenda sehingga hari ini.

“Ori-Tsuru” adalah koleksi fesyen Fairuz Ramdan + Kapten Batik berinspirasikan kisah Sadako Sasaki ini. Koleksi Bunga/Panas 2025 kolaborasi dua nama besar ini telah dipaparkan di Kuala Lumpur Fashion Week 2-24 pada 4 Ogos 2024 di Esplanade, Suria KLCC.

Koleksi ini menampilkan potongan moden dan rekaan inovatif. Motif Burung Kertas Origami dihadirkan secara berulang dalam corak, mendasari jalur berwarna terracotta dan biru elektrik yang disimbah di atas fabrik putih mewah. Setiap helai adalah unik dalam siluetnya yang tersendiri.

Direka untuk memenuhi gaya hidup moden yang penuh kemewahan, koleksi ini memperlihatkan rekaan kontemporari dan kehalusan kraf yang terbaik. Semestinya disuntik dengan perincian kompleks dan rekaan yang teliti namun tetap mengekalkan gaya yang santai dan sederhana. Warna monoton pada lapisan luar melengkapi kepingan Batik, sekaligus menetapkan piawaian baru dalam mempersembahkan Batik Malaysia kepada penonton.

“Koleksi terbaru ini adalah mengenai keamanan, keindahan alam semula jadi, meraikan keunikan individu, dan memupuk kebebasan, dan kami tidak sabar untuk berkongsi dengan dunia tidak lama lagi.”

Fairuz Ramdan dan Kapten Batik menonjolkan rekaan utama seperti jaket 3 dalam 1, seluar berlipat yang pelbagai, dan kemeja Batik yang diinspirasikan oleh gaya utilitarian. Semuanya dihasilkan dengan teliti dan mempunyai keunikan tersendiri. Walaupun koleksi kapsul kolaborasi ini hanya dipersembahkan dalam 12 gaya, ia boleh diubah menjadi lebih banyak gaya nan berbeza. Alba Optics, jenama kaca mata buatan tangan dari Itali, juga turut serta dalam kolaborasi yang dinantikan ini.

“Kami ingin mencipta koleksi yang membezakan kami dari jenama lain dan juga untuk menceritakan kisah kami kepada dunia tentang kraf Malaysia dan bagaimana kami boleh maju ke hadapan serta meneruskan warisan negara dalam konteks moden,” kata Fairuz Ramdan, ketua kreatif di sebalik Koleksi Runway Kapten Batik SS25.