Share

Memang susah hendak mencari pakaian trendi, mengikut gaya sezaman tetapi masih berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Kalau dahulu saya perlu kumpul duit kerana untuk mendapatkan pakaian berkualiti semestinya tersangat mahal. Ketika itu masih belum banyak butik yang menyediakan pakaian ready-to-wear yang sangat cantik dengan harganya berpatutan. Kalau beli di kedai murah pula, material pakaian terlampau tampak murah. Tatkala disarung, rekaanya terlalu dewasa dan hanya tidak sesuai dengan muda-mudi.

5

Atas, Gaun Maxi, RM189.90 Bawah, Gaun Maxi, RM99.90

Koleksi ini menampilkan potongan klasik dengan sentuhan moden, selaris dengan slogan  dressingpaula iaitu ‘Women before Clothes’. Menggabungkan pakaian ruji dengan reka bentuk dan warna minimalis, koleksi ini dilihat turut menggunakan bahan fabrik seperti jacquard, sutera, neoprene, sifon, jaring, tweed dan elemen satin dengan warna-warna asas pastel, nude, kelabu, putih dan biru gelap.

Kiri, Top, RM59.90 & Skirt Cetakan, RM109.90 Kanan, Jaket, RM129.90, Blaus, RM89.90 & Skirt RM89.90

Kiri, Top, RM59.90 & Skirt Cetakan, RM109.90 Kanan, Jaket, RM129.90, Blaus, RM89.90 & Skirt RM89.90

Bertemakan musim Bunga, ciri-ciri koleksi terkini dressingpaula menampilkan corak flora timbul, paisley dan strok berus abstrak. Untuk gaya edgy, koleksi ini juga menggabungkan petak geometri dan cetakan tipografi metalik. Busana utama daripada koleksi ini termasuk pakaian klasik flora yang boleh disuai-padan untuk tampil sesuai waktu kerja atau kasual. Ia termasuk gaun A-line dan skirt dalam kedua-dua cetakan bunga dan cetakan berimpak yang lebih berani – potongan feminin yang sesuai untuk semua bentuk badan.

Kiri, Skirt Pleated RM99.90 Kanan, Gaun Cetakan RM149.90

Kiri, Skirt Pleated RM99.90 Kanan, Gaun Cetakan RM149.90

3

Kiri, Jaket RM109.90, Top Tanpa Lengan RM79.90 & Seluar Pendek RM79.90 Kanan, Jaket RM139.90 & Seluar Pendek RM89.90

 

Koleksi ini juga termasuk jaket serta top potongan lurus – yang sesuai dengan skirt A-line atau seluar; kemeja sifon berkolar – mesti ada untuk wanita celik fesyen; gaun simetri – untuk menayang sepasang kaki yang cantik; skirt A-line berlisu dengan bunga timbul, gaun panjang berlisu dan akhir sekali, seluar pendek jacquard – sesuai untuk bersiar-siar kasual di siang hari.

2

Kiri, Gaun RM49.90 Kanan, Gaun RM119.90

1

Kiri, Top Lengan Panjang RM89.90, Jaket RM139.90 & Seluar Panjang RM89.90 Kanan, Blaus RM109.90 & Seluar Pendek RM79.90

Koleksi musim Bunga/ Panas 2015 ini bermula dari harga RM59.90 ke RM189.90. Dressing Paula kini boleh didapati Avenue K, Pavilion KL, Mid Valley, Sunway Pyramid, Queensbay Mall dan Gurney Paragon di Pulau Pinang serta Parkson 1 Utama, Parkson Imago Mall di Kota Kinabalu dan Parkson Mahkota Parade di Melaka. Untuk maklumat lanjut dan sentiasa mengetahui berita terkini dressingpaula, sila layari laman web kami www.dressingpaula.com atau www.facebook.com/dressingpaula

Untitled4

1. Jaket RM159.90 2. Top harga tidak dinyatakan 3. Gaun RM149.90 4. Top, harga tidak dinyatakan 5. Gaun RM119.90