Share

Pencinta alat solek pastinya gembira dengan kehadiran aplikasi kecantikan Favful ini. Banyak manfaat buat kamu yang gemar berkongsi rebiu produk kecantikan kegemaran. Atau mungkin kamu memang sedang mencari informasi baharu produk di pasaran. Nah, di sinilah jawapan di cari.

Wanita dan kecantikan adalah dua perkataan yang sinonim. Memang jarang kita bertemu wanita kurang meminati alat solek. Sepanjang saya menemuramah selebriti pun, paling tidak artis wanita akan keluar rumah dengan berbekalkan sunscreen seperti penyanyi Liyana Fizi. Disoal-soal lagi, penyanyi Eleena Harris paling tidak ke kolej dengan mengoles bedak, gincu dan maskara. Itu paling ringkas!

Satu aplikasi dilancarkan dan bersama teman, @yaistylo, kami mencubanya—Lihat link YouTube di atas… Memang seronok kerana ada beberapa paparan menarik ditemui. Buat lelaki pula mudahlah mencari produk paling murah buat kekasih atau ibu. Tidaklah perlu lagi menemani mereka ke beberapa kedai mencari produk paling murah. Kamu boleh mangajar mereka cara menggunakan aplikasi ini.


IMG_8216Favful - Image C Favful - Image D

Sebagai pengguna Favful, kamu pasti seronok kerana:

  • Saat produk habis, kamu boleh membandingkan harga produk kesukaan kamu, di mana paling murah sedang dijual.
  • Saat ingin tahu tentang satu-satu produk, ada rebiu dan analisis boleh dibaca mengikut jenis kulit dan kumpulan usia.
  • Muda untuk scan barcode untuk dapatkan informasi terkini.
  • Ada juga maklumat lain contohnya tip, kandungan dan video tutorial di dalamnya.

Favful - Image H Favful - Image G

Baru-baru ini sahaja pelancaran dilakukan dan kami sangat teruja dengan perkhidmatan yang disediakan Pavful. Tahniah kepada team Favful di atas kejayaan memahami permasalahan wanita dan kecantikan. Pengasasnya menggunakan

Kepentigan Favful pada semua:

TRAVELLER: Andai kamu kehabisan keperluan kecantikan bolehlah menggunakan Favful untuk mudah mencari yang lebih murah.

LELAKI: Tidak lagi perlu berjam-jam menemani teman wanita atau ibu kerana penyelesaiannya di sini. Kamu mampu mencari kedai paling murah menjual produk kecantikan kesukaan mereka.

USAHAWAN: Sebagai wanita bekerjaya kamu pasti sentiasa sibuk. Semestinya ini penyelesaian mencari rebiu-rebiu produk kecantikan pilihanmu.

PELAJAR: Selain menjadi pengguna, kamu boleh berkongsi rebiu secara jujur di sini. Selain itu boleh belajar bersolek dengan video disediakan.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari stayfavful.com

fb/ig/twritter @favful