Koleksi Baju Raya Terbesar di Malaysia hanya di KWC Fashion Wholesale. Bertemakan “Lip Lap Ria Raya” jika anda mencari baju raya untuk satu keluarga dan bersama rakan-rakan, di sinilah tempatnya.
Kempen ini berlangsung dari 1 hingga 30 Mac, 2025 yang membawakan nostalgia menggamit kenangan. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti dan persembahan artis hanya di KWC Fashion Wholesale.
Pelancaran telah berlangsung pada 23 Februari dengan persembahan fesyen yang menampilkan Harry Collection, Sekali Lafaz dan banyak lagi. Persembahan fesyen ini menunjukkan pelbagai variasi koleksi pakaian untuk hari raya mengikut trend masa kini untuk dipilih dijadikan sebagai insipirasi hari raya nanti.
Terdapat juga persembahan daripada bintang yang bersinar dari Aisha Retno yang menjadi acara kemuncak selepas persembahan fesyen yang ada sentuhan glamor dan juga keseronokan pada hari tersebut.
COMMENTS ARE CLOSED