Share

Kelmarin, aku maraton Cashmere Mafia. Sebelum ini aku maraton Lipstick Jungle… Semalam, aku langsung tidak berkesempatan mengisi ROD. Aku keletihan kerana masalah kesihatan aku. Harap-harap bertambah baik kerana akan aku jauhi makanan laut buat sementara. Ouch…! Pagi ini jam 2.45 pagi aku mahu berkongsi drama siri kegemaranku ini. Benar, ia masih belum disiarkan di sini. Melihat promosi Lipstick Jungle di channel E! sangat menggoda perasaan. Drama ini ternyata mula menjadi tumpuan apatah lagi Brooke Shield menjadi salah seorang wanita Lipstick Jungle bernama Wendy Healy, orang kuat dunia perfileman. Ada watak menggoda Nico Reilly lakonan Kim Raver sebagai editor majalah tersohor. Namun aku paling menyukai watak Victory Ford lakonan Lindsay Price, serang pereka fesyen baru hendak menempa nama. Menerusi Cashmere Mafia pula aku mengenali watak Lucy Liu sebagai Mia Mason, Publisher berjaya, Frances O’Connor sebagai Zoe Burden, Miranda Otto sebagai Juliet Draper, berkuasa dalam dunia perhotelan dan Bonnie Sommerville sebagai Caitlin Dowd, pemasar produk kecantikan.

Lipstick Jungle

Cashmere Mafia

Kedua-dua drama siri ini hebat. Aku berasa dekat dengan semua watak kerana mereka ini ada di sekelilingku. Aku Penulis yang menjawat jawatan sebagai Penolong Editor pastinya kenal benar orang majalah seperti Nico dan Mia, orang filem seperti Wendy, pereka fesyen seperti Victory, orang hotel seperti Juliet dan wakil produk kecantikan seperti Caitlin. Cuma Zoe daripada dunia perbankan sahaja mungkin hanya aku kenal kerana mengejar hutang kredit kad, rumah dan kereta. Aduhai…! Sejak harga minyak naik lagi, kewangan semakin kurasakan menyusut pantasnya. Jadi tidak perlulah nak berangan-angan menjadi macam orang-orang dalam Sex And The City, Desperate Housewives, Gossip Girl, kerana dunia mereka jauh sekali picisannya. Sekadar drama siri menghiburkan jiwa selepas membelek bil-bil berlambak.

Mia dan Victory, dua wanita Asia masing-masing hebat dengan gaya hidup kota New York.

Scene Lipstick Jungle di butik ini sama lokasi dengan salah satu scene Gossip Girl ketika Jenny bertemankan ibu Serena bertembung ibunya.

Selain hebat berfesyen, solekan menawan dan gaya hebat aksesori diri juga elektronik, tidak dilupakan aksesori toy boy. Nico Lipstick Jungle di goda oleh lelaki jurugambar kacak lagi hebat. Caitlin daripada Cashmere Mafia pula wanita yang masih keliru tentang seksual dirinya… Straight atau PLU. Apa pun aku lebih seronok menonton Lipstick Jungle dan kerenah Victory paling menawan. Apa pun, aku sudah mengantuk dan biarkan aku tidur. Esok kita bertemu lagi… Setuju?