PENULIS: NADYA
Kalau anda peminat fesyen dan drama penuh gaya, ini berita yang memang tak boleh dilepaskan. Disney+ bakal menyiarkan secara langsung world premiere filem “The Devil Wears Prada 2”, memberi peluang kepada penonton untuk merasai sendiri kemeriahan karpet merah yang paling stylish tahun ini—terus dari Lincoln Center, New York City.
Tayangan live ini berlangsung pada 21 April, bermula jam 5:30 pagi (MYT), dengan replay penuh tersedia selepas acara.
Lebih daripada sekadar premiere biasa, livestream ini bawa anda masuk ke dunia glamor sebenar—dari fesyen memukau, ketibaan selebriti terkenal, hinggalah temu bual eksklusif bersama barisan pelakon. Ini peluang rare untuk tengok sendiri apa yang berlaku di sebalik tabir acara besar Hollywood, semuanya dari keselesaan rumah anda.
Barisan pelakon asal dan wajah baharu turut memeriahkan acara ini, termasuk nama besar seperti Meryl Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt dan Stanley Tucci. Turut serta ialah Kenneth Branagh, Simone Ashley dan ramai lagi, bersama pengarah David Frankel serta penulis skrip Aline Brosh McKenna. Memang penuh bintang dan aura high fashion yang ikonik!
Sementara tunggu sekuel ini ditayangkan di pawagam pada 30 April, ini masa terbaik untuk recap filem pertama “The Devil Wears Prada” yang kini boleh distrim di Disney+. Jadi, set reminder sekarang—sebab event ini bukan sekadar tontonan biasa, tapi pengalaman eksklusif yang semua peminat tak nak lepaskan.





