Sebaik menginjak kaki ke bumi Malaysia, penumpang dapat merasakan kemeriahan Hari Lunar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA lagi. Arca naga butaan tangan tersergam megah telah diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai Naga Emas terbesar.
Terletak di Terminal 1, ‘Celestial Splendour’ ini akan kekal di situ sehingga 24 Februari. Pameran arca ini adalah untuk memeriahkan sambutan hari Lunar 2024. Penumpang dan pengunjung Terminal 1, KLIA pasti mengenal simbolik dari arca ini iaitu melambangkan kuasa, tradisi dan kemegahan. Ia direka kudus oleh seorang artis berpengalaman.
Selain itu terdapat persembahan budaya dan bazar hasil kolaborasi bersama Eraman dan Heinemann Duty Free. Semestinya kemeriahan jelas dapat dirasakan. Semestinya ada persembahan Acrobatic Lion Dance, Diablo Performances, Lantern workshop dan banyak lagi. Promosi pun meriah dengan variasi hadiah dan angpow. Kembara anda pasti lebih meriangkan.