Share

Bangun keesokan hari tanpa ada rasa ragu. Wajahmu dijamin terpelihara dengan mengoles Estee Lauder Advanced Night Repair. Telah diuji dan terbukti mampu mengurangkan mana-mana kawasan wajah yang mudah kelihatan berusia seperti kedutan di dahi, hujung mata dan jalur senyuman.

Memang kita takkan mampu melarikan diri dari proses penuaan namun kita boleh mengawalnya dengan menjaga kulit. Teknologi terkini telah menghasilkan produk hebat di antara yang terbaik. Menggunakan Estee Lauder Advanced Night Repair pasti kulit lebih licin, berseri-seri dan awek muda.

IMG_9272IMG-20160401-WA0016

Tekalah usia saya berapa tahun pada tahun ini?

Kehadiran ChronoluxCB™ Technology secara eksklusif mampu memelihara kulit di malam hari secara semula jadi. Garis halus di wajah dan kedutan pasti berkurangan selepas empat minggu menggunakannya. Seramai 75% wanita telah mengakuinya selepas menggunakan produk ini.

Selain kulit lebih licin, malah lebih kuat dan terpelihara hidrasinya. Telah diperakui 82% wanita yang merasakan wajah mereka lebih hidrasi selepas mencuba serum malam ini. Manakala 83% lagi merasakan kulit mereka terlihat lebih sihat, segar dan cukup rehat selepas empat minggu.

12688138_10153579938463401_2494199993112545769_n

Saya menerima produk ini Februari lalu dan memakainya selama itu. Sebagai Penulis Skrip, saya menerbitkan travelogue dan sering keluar melakukan tugas. Saya juga beberapa kali ke pantai untuk kerja dan juga bercuti. Namun, ketara saya dapat merasakan wajah kekal terpelihara dan saya tidak lagi ada rasa bimbang seperti dulu.

Kalau dahulu memang saya paling tidak suka ke pantai kerana kulit sering dipanah matahari terik. Akibatnya kulit jadi sunburn dan agak lama untuk hilangkannya. Kini saya bebas pergi ke mana-mana kerana tahu, menjelang malam saat tidur, kulit saya akan dijaga Estee Lauder.