Minggu-minggu terakhir Ramadan ni, rajin pula masuk ke dapur. Kononnya mahu menyediakan menu sihat. Mula-mula teringatkan menu ikan kukus, bosan pula. Ketika menjengah pasaraya, nampak ayam. Hari tu ada beli sos nandos paling pedas, lantas saya nekad mahu masak sendiri ayam panggang. Ayuh cuba!
Saya memang suka bawang putih dan kalau diperap lama dengan ayam mesti sedap. Mana-mana masakan pun, bawang putih siap dipanggang yang saya beli. Kalau tak layur sahaja di atas api dapur. Kemudian ditumbuk lumat dengan bawang merah dan halia. Alamak, lesung jumpa, tapi mana alu lesung tu. Puas jugalah jenguk-jenguk bawah dapur tu. Sah, tak jumpa. Terpaksalah tiga bahan tadi dicincang sahaja. Kalau tumbuk lesung lebih halus dan sebati dengan ayam.
Setelah lumur bawang putih, bawang merah dan halia, saya curahkan sahaja sedikit kicap manis, sos lada hitam, madu dan gula. Wajib letak, secubit garam tetapi saya juga gula sweet sante yang terdapat di Guardian. Gula ini sangat baik untuk kesihatan terutama yang menghidap kencing manis. Tetapi boleh diganti dengan meletakkan gula perang juga. Ikut kata hati!
Resipi Ayam Panggang ala #mmz
1/4 Ayam
Bahan Perap Ayam
3-4 Bawang Putih
1-2 Bawang Merah
1 inci Halia
2 sudu besar Kicap Manis
2 sudu besar Sos Lada Hitam
1 sudu besar Madu
1 sudu besar Gula Perang
secubit Garam
(Perap 15 minit)
Kemudian di panggang, bakar atau goreng dengan minyak zaitun.
Sementara ayam diperap, saya suka menyediakan side dish yang mudah. Kentang dipotong wedges, letak garam dan lada hitam. Kemudian digoreng dengan sesudu besar minyak zaitun. Jangan lebih minyak, kurang sihat. (konon)
Ini dua sayuran paling saya suka, daun rocket dan tomato ceri. Tomato ceri di belah sedikit untuk jusnya keluar. Seperti biasa kena ada bawang putih untuk tumis. Masukkan tomato ceri terlebih dahulu untuk seminit dua sebelum diletakkan sayur. Masukkan sesudu besar, vinegar atau cuka dengan tabur garam secukup rasa. Sedap! Saya makan ni di sebuah restoran dan mencubanya di rumah. Booolehlaah..
Nah, itulah menu bujang paling ringkas saya buat. Cubalah dan kongsi dengan saya di IG tag @marinimz atau tag di fb marini mat zain ya. Teringin nak tengok. Kalau ada cara lain, kongsi juga dengan saya. Komen saja di bawa. Da…