Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) telah dilancarkan oleh Malaysia Bumiputra Designers Association (MBDA) dengen sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong produk tempatan yang tidak kurang berkualiti hebat setanding produk antarabangsa. Disamping itu, MBDA mempromosi perniagaan lestari. Ini merupakan kali ke empat KPDN bekerjasama dengan MBDA untuk menjayakan KBBM.
Inisiatif utama kempen ini pula adalah meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat Malaysia, barangan tempatan juga berkualiti setanding produk luar negara. Selain menanam sifat patriostisme terhadap barangan buatan tempatan. Paling penting adalah merangsang pembangunan ekonomi dari sokongan kepada usahawan kita.
MBDA turut mempromosikan perniagaan lestari kepada pelancong domestik dan luar negara, sekali gus memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi fesyen yang unik dan bedraga maju di peringkat global. Sementelah pereka kita ramai yang punya kreativiti dan mampu menjadikan rekaan mereka berteraskan kelestarian.
KBBM 2024 ini telah dirasmikan Oleh YBhg Dato’ Seri Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Acara perasmian ini juga pengumuman perlantikan Dato Indera Tom Abang Saufi sebagai penaung baru @mbda_official_
“Dengan pengalaman serta kepakaran beliau yang luas dalam industri fesyen, saya yakin Dato’ Indira Tom akan membawa MBDA ke tapa yang lebih tinggi dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang,” ujar YBhg Dato’ Seri Sayuthi bin Bakar.
Kempen ini telah dipromosikan menerusi pelbagai platform media digital bagi menarik perhatian dan sokongan masyarakat khususnya generasi muda diharap dapat memperluaskan lagi informasi tentang kempen ini.