Share

Menu popular di Middle East dan Mediterranean ini memanglah asing bagi saya. Ada memesannya ketika ke restoran dan memang rasanya menambah minat. Rasa lebih mudah kalau sediakan sendiri di rumah.

Lama juga berniat membuat Hummus kerana cara-caranya mudah sahaja, hanya kisar, namun agak sukar mendapatkan bahan asing seperti Tahini. Jenuh juga mencari Tahini dan melompat saya jumpa di Jaya One, Petaling Jaya.

Rasanya seperti  Tahini boleh digantikan dengan peanut butter kerana rasanya mirip-mirip sahaja. Pernah cuba sekali tapi mestilah tak puas hati sebab tak menggunakan Tahini. Tak sempurna! So kali ini, menjadi. Sedap! #pujidirisendiripulak

Selamat Mencuba!