Selangkah ke depan, MIMPIKITA kini diwakili The Eurasia Consortium bakal dipasarkan di UK dan koleksi terbaru akan diperagakan di London Fashion Week 2015 September ini. Koleksi Pre-Spring 2015 diselaraskan dengan selera wanita cosmopolitan penuh anggun Eropah.
Bagi kamu yang mahu mendapatkan koleksi MIMPIKITA, kunjungi butiknya di Bangsar dan alami sendiri busana rekaan paling chic atau anggun ini dengan kehalusan jahitan dan material selesa.
Atau beli secara langsung dengan melayari MIMPIKITA.COM.MY dan dengan hujung jari sahaja, jenama ini menjadi milikmu.

MIMPIKITA sejak dilancarkan 2009 kini teguh sebagai sebuah rumah fesyen buat busana pengantin dan koleksi ready-to-wear. Kerjasama tiga beradik Mira Zulkifli, Syera Zulkifli dan Nurul Zulkifli telah membawa jenama ini lebih jauh.








