Seksi! Sensasi! Gaya unggul lelaki mahupun wanita bercita rasa tinggi. Memilih motosikal Harley Davidson cukup sempurna untuk melengkapkan hobimu. Menerusi Dark Custom, keindahan struktur asas motosikal dihargai.
Motosikal Dark Custom Harley Davidson semestinya membuat hati memberontak. Menjengah 2016, Harley Davidson memperkenalkan Iron 883 dan Forty-Eight.
Kemasan dan warna Iron 883 sesuai buat persekitaran urban bagi mengelak kotoran jelas kelihatan terutama pemilik yang tiada tempat parkir berbumbung. Manakala Forty-Eight pula mengambi inspirasi 1970-an apabila gaya tangki minyaknya berjalur melintang.
Motosikal Iron 883, RM89,000 (termasuk GST) manakala Forty-Eight pula RM106,000 (termasuk GST).