Apabila membaca aturcara Kembara Kraf Selangor 2013, hari kedua saya akan dibawa ke Paulini Heritage Craft, meninjau pembuatan kraf pewter di Shah Alam. Jangkaan saya pasti ianya berkaitan ukiran pewter seperti cenderahati korporat, produk-produk seperti bekas lilin, keris, perhiasan sanggul dan sebagainya.
Sangkaan saya meleset. Terdapat juga aksesori menawan, sesuai dengan peredaran masa kini. Gelang tangan yang ada di situ menjadi perhatian saya. Sementelah harganya sangat berpatutan. Untungnya jadi media, dapat keistimewaan potongan harga. Apa lagi… alah sungguh lalu saya beli satu.
Paulini bagi saya mampu menyaingi produk aksesori antarabangsa kerana setiap satu produk menerima sentuhan tersendiri. Paulini mahir dalam pembuatan pewter dan alloy, usaha dua pengasasnya Salini dan Paul. Usaha Paulini ini patut dibanggakan.
COMMENTS ARE CLOSED