Share

Pagi bersarapan di Hatten Hotel, Melaka, sebelum berangkat ke destinasi berikutnya. Rombongan kami akan bergerak ke Bandar Muar. Oh, ini juga situasi paling lucu lagi mendebarkan. Sampai-sampai kami dijamu dengan mi goreng. Semua bantai makan tanpa sedar selepas itu kami akan buat aktiviti food hunt iaitu memburu teka teki makanan tradisional.


2013-09-30 11.55.34

Satu pekan Muar tu kami jelajahi. Selain perlu meneka huruf makanan tradisional yang diterbalikkan, kami juga perlu bergambar sama ada berdua atau bertiga di setiap mercu tanda diberikan dalam bentuk gambaran dan pandai-pandailah teka kat mana tempat tu. Lepas tu Eka menawar dirinya pergi beli makanan tradisional yang kami teka tadi. Wajib beli atau ditolak markah. Kami bertiga pula langsung mencari mi bandung Pak Abu tu. Rupa-rupanya semua ahli dalam kumpulan kena makan sampai habis.

Lalu insiden cemas berlaku pabila Eka ditunggu tak kunjung tiba. Nombor telefon tak ambil. Good job! Mujur Eka telefon saya lalu cepat-cepat dia datang makan mi bandung sepinggan untuk dia. Sebelum tu dahlah makan mi gorang dan minum kopi. Ruby dan Fufu cuba menghabiskan pinggan terakhir kami. Saya angkat tangan surender sebab kalau sesudu lagi masuk, boleh muntah satu restoran tu.

Habis makan ada beberapa minit tinggal dan kami perlu ambil gambar terakhir di hadapan kastam kalau tak silap. Tiba-tiba Ruby tertinggal di belakang, rupa-rupanya dia dah muntah hijau tepi longkang. Kasihan ibu mengandung tu. Misi di Muar berjaya kami selesaikan. Lalu kami berangkat ke Nasuha Herbal. Tak ada aktiviti sekadar menjamu selera yang hilang selera dek mi bandung tu. Memang tak makan lah…

Seterusnya kami ke UK Farm, Kluang untuk permainan seterusnya. Eka dimandatkan menangkap kambing. Ketawa besar kami melihat Eka berkejaran memburu kambing-kambing bertempiaran lari. Percubaan lastik tin gagal. Mata saya kerong kut ye. Rasa-rasanya permainan di sini banyak gagal. Hm… Hancur harapan!

2013-09-27 18.04.51Berikutnya kami daftar masuk ke The Puteri Pasific Hotel, Johor Bahru, bermalam di situ. Setiap malam rencananya mahu menulis skrip tetapi langsung mata tak boleh buka. Lupakan sahaja. Esok pagi-pagi lagi kami dibawa ke Legoland. Separuh hari diberi tugas mencari gambar dan nama bangunan replika diperbuat daripada lego. Separuh hari lagi diberi tiket masuk ke taman tema. Tetapi aku memilih duduk di kafe sambil melangsaikan hutang menulis.

Malamnya kami ada makan malam kemuncak di Lat’s Place, Nusajaya tetapi sebelum tu kami ronda-ronda dahulu keseluruh bangunan. Paling comel berada di dunia Hello Kitty. Rasa hidup di dunia kartun pula. Sajian enak dan persembahan oleh kumpulan orang kampung Lat mengembalikan nostalgia. Pemenang Malaysia Tourism Hunt semestinya bukan kumpulan kami. 🙂 kbai…

2013-09-27 18.57.21