Masih sangsi dengan penggunaan pengilat kuku? Menerusi teknologi terkini segalanya memungkinkan dan pilihan adalah terletak di tangan kamu. Ternyata LACC adalah pewarna kuku wudhu-friendly.
La Couleur Couture tampil dengan pelbagai khasiat termasuk bebas toksin, berasaskan air, vegan-friendly, wudhu-friendly dan banyak lagi. Ketika berada dipelancaran LACC, saya memilih warna gelap. Kami juga melihat bukti inai mampu menembusi lapisan pewarna kuku ini.
Pilihan warna sangat bergaya dan menyeronokkan serta menakjubkan. Pastinya lebih ramai yakin dengan memilih LACC kerana pemilihan kandungan yang dipercayai.
Untuk maklumat lanjut layari www.laccbeauty.com