Sequa tentang kesihatan dan rawatan kecantikan mewah paling eksklusif ada di The Exchange TRX dari 9 Ogos hingga 1 September 2024. ‘Beauty Unbound’ diperkenalkan bagi perinatal kecantikan dan kesejahteraan tanya batasan.
Pelbagai tawaran kecantikan yang sofistikated, termasuk jenama-jenama global pertama dan terbaru di pasaran ada di sini. Pengunjung dijemput untuk menyertai acara eksklusif, aktiviti kesihatan, dan rawatan mewah yang direka untuk meningkatkan motivasi diri, memberi inspirasi, dan keremajaan tubuh.
Terletak di tingkat bawah, Beauty Galleria, rung mewl ini menempatkan jemana-jenama berprestij seperti Guerlain, Switzerland La Prairie, Acqua di Parma dan banyak lagi.
“Kempen Beauty Unbound mengajak pengunjung untuk mendefinisikan kecantikan mengikut istilah mereka sendiri, merangkumi kecantikan dalaman dan luaran.”
“Kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada pengunjung dengan penemuan bagaimana kecantikan berkembang melalui seni penjagaan diri, serta menjadikan The Exchange TRX sebagai destinasi utama bagi peminat kecantikan dengan menawarkan pelbagai jenama, daripada penjagaan kulit hingga salun rambut, semuanya di bawah satu bumbung,” ujar Jessica Leong, Ketua Pemasaran di The Exchange TRX.
Pengunjung digalakkan mendaftar sebagai ahli dengan memuat turun aplikasi mudah alih The Exchange TRX untuk menerokai sepenuhnya pengalaman Beauty Unbound, termasuk promosi dan hadiah percuma dengan pembelian sepanjang tempoh kempen. Pelbagai pengalaman eksklusif percuma diberikan.
- Yves Saint Laurent Beauty akan mengadakan bengkel solekan eksklusif, memberikan tetamu peluang untuk mendalami teori padanan dan perlanggaran YSL, serta mempelajari cara untuk mencapai tren kecantikan terkini di bawah bimbingan Pakar Solekan Kebangsaan.
- 3CE Stylenanda menjemput anda untuk menemui palet warna yang paling sesuai dengan diri anda melalui analisis warna peribadi yang telah ditempah terlebih dahulu untuk meningkatkan gaya anda dan memperkayakan kecantikan semula jadi anda.
- M•A•C – Eksklusif di cawangan The Exchange TRX, tetamu boleh mendapatkan sesi penggayaan kening percuma dengan jurusolek M•A•C di dalam kedai, serta set deluxe 3-piece percuma dengan sebarang pembelian di kedai.
- Estee Lauder menawarkan tetamu sampel asas selama 10 hari setelah menemui warna asas yang sempurna melalui konsultasi peribadi dengan iMatch Virtual Try On.
- Lancôme ingin memperbaiki kulit anda dengan perkhidmatan Skin Screen eksklusif, yang dilengkapi dengan konsultasi peribadi yang dipimpin oleh penasihat kecantikan pakar, serta menerima sampel percuma.
- L’Occitane en Provence akan menyambut tetamu untuk diagnosis rambut dan kulit kepala peribadi yang bertujuan untuk mencapai rambut yang lebat, tebal, dan lebih sihat.
Sepanjang bulan ini, tetamu boleh menikmati lebih daripada 40 tawaran berbeza dan produk percuma daripada Chanel Beauty, Giorgio Armani Beauty, Jo Malone, Elixir, Bobbi Brown, Victoria’s Secret, The Soloists Hair Salon, Thai Odyssey, dan banyak lagi.