Share

Buat kali pertama peminat Bang Yedam berpeluang menyaksikan persembahan penyanyi solo dari Korea Selatan di Zepp Kuala Lumpur. Ini merupakan pertemuan peminat pertamanya di Malaysia.

Penulis: NADYA AQILAH

Tanggal 24 Ogos lalu, peminat yang dikenali sebagai BY:D berpeluang beramah mesra dengan Bang Yedam yang aktif dari 2020. Bang Yedam ternyatanya memulakan kerjaya nyanyiannya sejak kecil lagi selepas menyertai pertandingan menyanyi K-Pop Star 2.

Persembahan Bang Yedam dimulakan dengan lagu Miss You dan diikuti dengan Only You yang amat disukai oleh peminatnya. Menurutnya, lagu Miss You didahulukan kerana dia amat merindui peminat dan dapat dirasai dengan sorakan dari BY:D yang kuat.

Sebelum meneruskan dengan program seterusnya, dia memikat hati peminatnya dengan menyatakan beberapa perkataan tempatan yang dibelajarnya seperti ‘terima kasih’ atau dalam Bahasa pasar ‘maceh’ yang membuatkan seluruh peminat yang hadir terhibur. Nampaknya kebanyakan BY:D sangat suka dengan usahanya untuk belajar Bahasa Malaysia.

Kemudian dalam satu segmen membaca post note yang di tulis oleh peminatnya sebelum acara bermula, Bang Yedam memilih beberapa nota untuk di jawab termasuk menyanyikan spoiler lagu untuk album terbarunya yang akan diterbitkan pada 29 Ogos 2024 ini.

Pengacara ada bertanya apakah lagu Melayu yang dia tahu dan Bang Yedam terus menyanyikan secara akustik lagu Cute (Stop Lah Being So Cute ) dan beliau menyanyikan dengan bagus sekali, membuatkan BY:D jatuh cinta sekali lagi dengannya.

Bang Yedam juga menyanyikan beberapa lagu cover yang popular seperti Magnetic, Seven, Can’t take my eyes of you, dan There’s Nothing Holding Me Back yang menunjukkan vokal yang versatile.

Antara highlight acaranya ialah, Bang Yedam menyanyikan lagunya Come To Me dan turun ke bawah pentas untuk berinteraksi lebih dekat dengan peminat. Kemudian ada juga sesi bermain permainan doppledanger iaitu meniru aksi artis oleh peminatnya dan aktiviti tersebut dapat dilihat amat menghiburkan dengan aksi seperti LOVE, dan Silat.