Share

Setiap hari bangun pagi, ada rutin yang kita wajib lakukan—Selepas mandi menyarung baju paling selesa, memakai alat solek dan menyebur wangian sebelum berlalu pergi. Namun, ada satu perkara yang kita tinggalkan kerana punya banyak waktu melakukannya. Menyapu losen pada seluruh tubuh. Paling tidak kamu menyediakan losen tangan, untuk menggunanya pada saat kesekasan jalan nanti. 

Saat kenderaan berhenti kerana kereta bersusun di depan, kamu mula menyapu losen tangan dibawa di dalam tas tangan tadi. Paling tidak losen disapu ke siku. Begitulah, kesibukan sepanjang hari, membuatkan kita terkadang leka menjaga kulit tubuh. Ada juga yang memang tidak suka memakai losen kerana tubuh jadi melekit terutama memakainya di cuaca panas negara kita.

Amat sukar mencari produk losen tubuh badan yang tidak melekit dan kurang menyenangkan saat memakainya. Hari ini Nivea mencipta satu revolusi baharu dalam pelembap badan. NIVEA In-Shower Body Lotion sekarang memberi ‘skin hacks’ untuk memudahkan penjagaan kulit badan bagi wanita memiliki kulit lembut berkilau sepanjang hari.

IMG_4703

Formula losen ini diaktifkan oleh air, cepat meresap ke dalam kulit semasa pori-pori terbuka semasa mandi. Ini bukan seperti losen biasa tetapi dibawa ke kamar mandi. Kamu ambil masa ketika mandi, selepas cucian sabun mandi, sapu NIVEA In-Shower Body Lotion ke seluruh tubuh dan bilas semula. telah terbukti bahawa kulit dapat dilembapkan secara signifikan lebih daripada 24 jam selepas sekali aplikasi produk ini.

Berikut adalah petua untuk kamu setiap hari;

  1. Mudahnya mulakan hari dengan kulit yang lembut. Sapu produk ini pada kulit basah tanpa terburu-buru semasa mandi dan bilas dengan segara. Keadaan ini pasti menjimatkan masa untuk melembapkan kulit.
  2. Tiada lagi masa menunggu di gim. Bagi kamu yang mengamalkan hidup sihat ke gim setiap hari, guna NIVEA ini tidak akan membuatkan tubuh melekit selepas bersenam. Malah kamu boleh memakainya ketika mandi di gim sebelum keluar melakukan aktiviti seterusnya dengan segar.
  3. Jimat untuk cukur. Losen ini turut bertindak sebagai krim pencukur. Sapukan pada kulit basah dan bahagian mahu dicukur. Bercukurlah mengikut arah pertumbuhan rambut di tempat yang memerlukan perhatian. Kemudian bersihkan tubuh.
  4. Bertindak sebagai ‘body bronzer’ di rumah. Ketika mandi, sapukan NIVEA In-Shower Body Lotion pada kulit basah kamu dan bilas. Selepas keringkan tubuh, campurkan adunan ini— 1 sudu besar serbuk bunga cengkih, 2 sudu teh tepung jagung, 1 sudu teh serbuk pegaga dan 1 sudu teh serbuk koko. Sapukan dengan berus solekan secara ringan.

Kamu masih tidak percaya? Begini cara menggunakan NIVEA In-Shower Body Lotion. Ya, hanya empat langkah mudah ini;

  1. Bilas gel mandian kamu
  2. Sapu NIVEA In-Shower Body Lotion pada kulit basah.
  3. Bilas dengan segera.
  4. Keringkan badan, pakai baju dan siap.

IMG_4712

Saya paling suka dengan adanya kaedah baharu ini. Saya memang liat hendak menyapu losen. Kalau rajin—KALAU RAJIN—hanya pada bahagian lengan, sikut dan kaki sahaja. Hanya pada bahagian yang kering dan tidak menyenangkan. Hanya kalau rajin dan sempat kerana kesibukan waktu yang cemburu. Memang kalau kita berdepan orang ramai dengan kulit tak cantik, amatlah kurang menyenangkan. Sangat memalukan, bukan?

Sekarang ini lah rahsia saya. Lebih mudah lagi losen mandian ini mampu disapu pada seluruh badan. Tidak lagi disapu pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Materialnya juga sungguh lembut dan mudah meresap ke dalam kulit. Kepekatan losen mandian ini sangat menyenangkan.

IMG_4707

NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner

Dirumus khas untuk kulit kering. Ramuan formulanya diperkaya dengan minyak Badam untuk melembapkan kulit supaya terasa lebih lembut dan halus secara nyata.

IMG_4706

NIVEA In-Shower Smooth Skin Conditioner

Dirumus khas untuk kulit yang kering. Ramuan formulanya diperkaya dengan Shea Butter untuk meninggalkan kulit terasa lebih lembut dan halus. Eksklusif di Farmasi Guardian.

250ml – RM17.90

400ml – RM24.30

IMG_4710

NIVEA In-Shower Skin Conditioner

Dirumus khas untuk kulit normal. Ramuan formulanya diperkaya dengan Mineral Laut untuk jadikan kulit lebih lembut lagi terhidrat.

NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner

Dirumus khas untuk kulit kusam. Ia diperkaya dengan 50x Vitamin C daripada Camu-Camu yang dikenali dengan antioksidan semula jadi dan agen pencerah kulit.

250ml – RM19.90

400ml – RM26.50