Pelbagai cara masak termasuk asam pedas yang pastinye kena dengan selera Asia ni. Boleh pilih king crabs, meat crabs, spanner crabs, bamboo lobsters, red lobsters, prawns, yabbies, freshwater prawns, slipper lobsters, scallops, mussels dan baby octopuses (yang kepala gondol). Ada juga ‘bag buddies’: terdiri dari sosej ayam, mushroom, jagung dan kentang melengkapkan lagi hidangan. Masak mentega paling sedap tapi perut dah kenyang macam mana ni?
Saya menikmati setiap sajian Crab Hut dengan tangan sampai ke lengan kuahnya. Namun, itu lah paling menyeronokkan. Ruang 2,000 kaki persegi ini memuatkan 80 tempat duduk dengan adanya ruang makan persendirian memuatkan 12 hingga 14 orang. Datang beramai-ramai ke Crab Hut pun pasti muat okay. Kalau kamu memang tak boleh lepas dengan makan nasi, pun ada menu dengan sajian nasi enak.


















