Sememangnya sajian keraian di Pulmann KLCC Hotel & Residences tidak pernah menghampakan. Kegembiraan Musim Perayaan dengan ‘Christmas Vacation’ pasti lebih menyerlah.
Masuk hujung tahun, hati pasti berbunga-bunga menantikan ketibaan musim cuti dan perayaan Hari Natal. Ini bermakna tibalah saat mahu berkumpul dengan sahabat handai yang dari kalangan pelbagai kaum. Begitulah kemeriahan kita di Malaysia.
Tema kali ini, ‘Christmas Vacation’, dekorasi terbentang sangat menakjubkan ibarat menara jam bersaiz sebenar dan kereta api ekspres menghiasi lobi hotel, mencipta suasana perayaan yang sempurna.
Pengunjung kemudiannya dijemput untuk menyertai peraduan dan berpeluang memenangi penginapan percuma sambil menikmati pelbagai tawaran Pullman KLCC bagi menyelami semangat perayaan ini sepenuhnya, dari 1 Disember 2024 hingga 6 Januari 2025.
Restoran Sedap menawarkan bufet mewah untuk perayaan penuh kegembiraan, sesuai untuk sambutan Krismas dan makan malam Tahun Baharu yang meriah bagi mengalu-alukan tahun 2025 dengan gaya tersendiri.
Terdapat makan siang dan malam untuk perayaan Hari Natal termasuk makan Tengah Hari untuk Tahun Baru. Anda juga boleh ambil pakej parti untuk keraian bersama keluarga besar anda. Untuk tempahan sila buat panggilan di +603 2170 8888 atau e-mel reservations@pullman-klcc.com sekarang.