PENULIS:MAXEVAN
Sempena koleksi terbaru ini semoga ia mampu membawa nilai sentimen yang positif dengan menampilkan aura kekuatan serta personaliti menarik Puteri Belle berdasarkan filem klasik kegemaran ramai iaitu Beauty and the Beast. Elemen yang direfleksikan dalam rekaan koleksi syiling wafer emas ini diambil dari babak-babak kegemaran cerita dongeng klasik ini.
Filem Beauty and the Beast
Mengisahkan tentang pengembaraan hidup Belle, seorang wanita muda yang pintar dan sering mengimpikan pengembaraan yang luar biasa. Diilhamkan dari minatnya yang mendalam pada sastera serta ilmu pengetahuan, Belle percaya akan kebolehan dirinya dan inginkan kehidupan yang penuh dengan keterujaan. Belle turut disegani oleh kerana kesanggupannya dalam mengorbankan kebebasan hidup beliau demi menyelamatkan ayahnya dari sebuah istana misteri yang dihuni oleh raksasa bersifat panas baran.
Bersahabat dengan penghuni istana yang disumpah, Belle telah mengenal Beast dengan lebih rapat dan membantu Beast dalam mencari sisi baiknya oleh kerana beliau sering dilihat sebagai raksasa yang penuh dengan sifat amarah. Belle turut membantu dalam merungkai sumpahan yang setelah lama menghantui istana tersebut. Sifat baik hati serta kecekalan Belle, sentiasa menjadi tauladan dalam mengingatkan orang ramai untuk menjadi heroin dalam jalan cerita hidup kita yang tersendiri.
Menampilkan dua rekaan menarik yang boleh dibeli secara berasingan ataupun set dimana ianya dijual pada harga RM118 untuk setiap satu unit. Bagi mereka yang gemar menonton filem-filem Disney, syiling wafer emas ini sesuai dijadikan sebagai hadiah ataupun sebagai barang koleksi untuk disimpan.
Koleksi edisi terhad Disney x HABIB Ultimate Princess Collection versi Belle kini boleh didapati di seluruh bilik pameran HABIB, laman sesawang rasmi HABIB serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Sejurus pelancaran ini, HABIB turut bakal melancarkan beberapa koleksi edisi terhad bersama Disney pada masa yang akan datang.
SUMBER: PR HABIB JEWELS