Share

Kuning dan keemasan adalah tema keraian 10 tahun rasa cinta L’Occitane di Bridge Bar, G Tower, isnin lalu. Beberapa produk tersohor nya dipamerkan pada setiap meja tamu. Rakan-rakan media hadir dimeriahkan lagi dengan wajah-wajah selebriti tempatan.

Acara santai ini dinikmati dengan beberapa permainan dan urutan tangan menggunakan produk-produk krim tangan L’Occitane semestinya. Saya pernah memakai krim tangan L’Occitane Magical Leaves. Bekas tube digunakan sangat praktikal. Saya sentiasa bawa ia bersama-sama ke mana-mana sahaja dalam tas tangan.

image

Ketika mencuba urutan tangan, pakar kecantikan L’Occitane menyarankan krim tangan paling sesuai buat saya adalah Shea Butter. Formula kandungan yang diperkaya dengan madu, almond dan minyak kelapa diadun pula bersama 20 peratus Shea Butter, pasti merawat kulit tangan kekeringan seperti saya alami. Sementara itu, jasmine dan daun ylang-ylang meninggalkan aroma menyenangkan ditangan.

image

Tahniah L’Occitane!