Share

Tosca Trattoria Italiana menyentuh selera pengunjung dengan menu baharu, semestinya di hotel DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City. Jelas, Tosca kini menampilkan hidangan istimewa, suasana mesra keluarga, dan pilihan santapan yang semestinya bersesuaian untuk semua acara.

Tosca fokus pada cita rasa asli dan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan, menu Tosca yang diperbaharui menjanjikan untuk memikat tetamu dengan keunikan hidangan klasik Itali. Diketuai oleh Chef De Cuisine baharu, Bill Quah, menu ini menampilkan hidangan istimewa seperti Smoked Burrata Cheese, pembuka selera yang mewah dengan gabungan kepekatan berkrim burrata dan rasa salai yang halus.

Pepperoni Di Manzo Pizza pula memperlihatkan kepakaran chef dalam pembuatan piza, dengan gabungan pepperoni daging lembu dan topping yang seimbang sempurna. Satu lagi tarikan ialah Vitello Alla Milanese, hidangan klasik Itali yang menonjolkan potongan daging lembu bersalut tepung roti yang digoreng hingga keemasan. Untuk pengalaman mewah, Pollo Al Tartufo menawarkan ayam lembut yang diperkaya dengan aroma truffle yang memikat.

Menu ini turut memperkenalkan Spaghetti Al Nero Di Seppia, spageti dakwat sotong dengan sos laut yang kaya dan segar. Peminat makanan laut pasti teruja dengan Tosca Seafood Grill, campuran makanan laut berkualiti tinggi yang dipanggang sempurna dan disajikan dengan sentuhan gaya Itali. Tidak ketinggalan, Aglio Olio di Gamberi dengan spageti, udang harimau, dan cili merah tempatan yang memberikan rasa pedas yang memuaskan.

Untuk melengkapkan pengalaman menjamu selera, Tosca menggunakan bahan premium seperti daging rib-eye Angus, keju Gorgonzola, dan Parmigiano Reggiano Parmesan yang diimport. Elemen-elemen ini menambah nilai pada hidangan, memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tosca juga menyokong hasil tempatan dengan menggunakan sayur-sayuran dan bahan-bahan yang ditanam secara mampan, menunjukkan komitmen mereka terhadap kualiti dan tanggungjawab alam sekitar.

Lebih menarik, Tosca akan menganjurkan Sunday Brunch istimewa setiap Ahad terakhir bulan bermula Julai, dari jam 11:30 pagi hingga 3:00 petang, dengan harga RM138.00 bersih untuk dewasa. Harga ini termasuk minuman tanpa had seperti minuman ringan, jus, kopi, dan teh. Tetamu juga akan menerima segelas Sparkling Wine atau Mocktail secara percuma sewaktu ketibaan, dengan gelas tambahan hanya RM35 bersih setiap satu.

Untuk kanak-kanak, Tosca menawarkan Kids Pizza Masterclass, di mana mereka boleh mencipta piza sendiri dan membawanya pulang dengan harga RM20 bersih setiap peserta. Tambahan pula, kanak-kanak di bawah umur 11 tahun boleh makan secara percuma (maksimum tiga kanak-kanak setiap keluarga). Apa tunggu lagi, kunjungi Tosca Trattoria Italiana hari ini.