Share

Hari ini ditugaskan memasak kerana kakak dan keluarganya ada berbuka di luar. Masak untuk berdua dengan emak, ringkas sahaja. Ikan dah siap masak tak nak membazir. Jadi, saya tambah beberapa menu. Nasi sahur masih ada sayang pula, jadi saya goreng. Ada cendawan dan terung saya lantas teringat menu sajian di IndonesiaTic, Bali. Rasa nak cuba masaklah!

Nasi Goreng Bawang Putih atau nama mat salih dia Garlic Fried Rice juga adalah kesukaan saya juga. Memang kalau ke restoran makanan Jepun saya akan pesan nasi goreng ini. Satu sahaja lain dia, letak bawang putih banyak-banyak untuk menghadirkan rasa enak. Barulah bertepatan dengan nama dia.

IMG_3910IMG_3913IMG_3916

Resipi Nasi Goreng Bawang Putih

6-8 ulas bawang putih

1 bawang besar

2 cili padi

Potongan isi ayam

2 biji telur

Sepotong mentega

Minyak zaitun

Lobak merah dipotong dadu

Saya main hentam saja, telur digoreng hancur dengan minyak zaitun, lepas tu masukkan mentega dalam kuali sama. Tumis bawang sebelum masukkan isi ayam dan sebahagian lagi saya letakkan lobak merah tu. Haha… Tak tahu lah nak kata cara tiga bahagian ini untuk masakan orang pemalas.. Tapi, syyy sedappp.. Selepas yakin bawang dah garing, lobak merah dah masak dan telur dah cantik, masukkan nasi dan gaul sahaja. Tabur lah sedikit garam untuk ada rasa tetapi saya kini dah jarang meletak gula. Siap!

Setelah itu saya sediakan pula bahan menggoreng. Memang dengan anak buah dulu, kami suka goreng cendawan celuk tepung. Sementara goreng cendawan saya sekalikan dengan menggoreng terung yang saya sudah hiris nipis untuk sajian masam manis ala kafe Mata Tua itu.

IMG_3918IMG_3921IMG_3928IMG_3929

Cendawan Goreng

2 biji telur + Serbuk Lada Hitam + Garam

Tepung Gandum

Minyak Zaitun

Telur dipukul dan masukkan garam dan lada hitam. Itu paling ringkas tapi kalau rajin bolehlah tambah ikut selera. Ada saya baca nak rasa sedap masuk serbuk kari. Lepas dicelup cendawan atau terung, barulah diletakkan di atas tepung dan golek-golek campak dalam kuali minyak yang panas untuk efek garing. Saya akan masak terung dulu sebab lama-lama minyak akan tak cantik, nanti terung kan sensitif, kulitnya putih. Cendawan tu makan dicicah sos dan makan dengan nasi pun sedap.

IMG_3925IMG_3931

Ketika berkunjung ke IndonesiaTic, Bali, kami dijamu sajian enak Kafe Mata Tua dan paling saya gemari adalah terung digoreng rangup dan kemudiannya dimasak masam manis. Memang masih terasa-rasa ditekak ni. Cuma belum berkesempatan kembali ke sana. Hari ini saya nekad cuba membuatnya ikut cara sendiri lah, campak-campak-campak.

Tapi masa di bali dulu ada dijamu cendawan goreng yang masak madu yang rasanya ampun sedap. Pabila masuk mulut rasa seperti makan ayam yang manis rasanya. Tetapi yang itu saya cuba lain kali lah. Hari ini rasa nak masak terung masam manis ala Kafe Mata Tua tu.

Terung Goreng Masam Manis

4 ulas bawang putih

1 ulas bawang merah

2 hirisan halia

2 cili padi

Sos Tomato

Sos Cili

Sos Tiram

Minyak Zaitun

Saya tumis bawang dan cili padi dengan minyak zaitun dan masukkan 1 sudu sos tiram sikit, sos cili 2 sudu dan hero dia sos tomato masuk banyak sikit. Masukkan air sikit dan garam sebelum digaul dengan terung goreng celup tepung tadi. Siap!