Share

Cuti panjang musim perayaan ini sesuai buat kamu memanjakan diri di spa. Saranan saya semestinya di HealthLand Wellness kerana selain banyak cawangan (cari yang berdekatan rumahmu), spa ini juga boleh merias kaki dan tangan. 

Hujung minggu lalu saya diundang ke HealthLand Setia Alam (Lot No. 2, Jalan Setia Prima K U13/K, Sek. U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Malaysia) yang terletak Shah Alam. Lokasi biasa saya pergi di Puchong kerana berdekatan rumah, namun menurut cerita didengar, cawangannya di Setia Alam lebih luas dan ada kafe untuk santai bersama-sama teman.

IMG_7068IMG_7036

Healthland Wellness Spa Tea Party dianjur, dapatlah saya bersua teman-teman blogger lain. Kami teruja untuk mendapatkan urutan minyak Thai tetapi dipelawa untuk mencuba Hand Paraffin terlebih dahulu. Saya tiba lebih awal sebab tak biasa sangat dengan Setia Alam. Masuk di ruang lobi, saya disambut dengan senyuman ramah kaki tangan. Lobinya lapang dengan hanya tersusun bangku dan kaunter menyambut tetamu. Semestinya dekorasi ruang ini bercirikan elemen Thailand.
IMG_7034

Sementara menunggu yang lain, saya menikmati ruang menunggu dan mengintai kafe dibelakang. Kebanyakan perabot dan perhiasan di sini dipamerkan untuk jualan juga. Ruang rustik ini menampilkan perabot yang pelbagai.

IMG_7063 IMG_7065

Kami di bawa ke kamar rawatan tangan dan kaki untuk melakukan rawatan Hand Paraffin selama 15 minit. Rawatan untuk melembut dan melembapkan tangan ini menggunakan rendaman cairan lilin sebelum dibalut dan dibiarkan. Hasilnya lebih berkesan jika dibiarkan lebih lama. Di atas adalah video melakukan Hand Paraffin…

IMG_7077 unspecified1

Setelah itu kami melakukan urutan kaki dan seluruh tubuh selama dua jam oleh kakitangan yang pakar dari Thailand. Memang sangat tepat masanya kerana sehari-hari kita sangat tertekan dengan kerja. Bila lagi nak manja-manjakan diri.

IMG_7044IMG_7092

Begitu juga dengan kafe One Another begitu selesa untuk dijadikan lokasi santai. Selepas diurut bolehlah minum petang terlebih dahulu di sini. Sajian barat disediakan dan ada jus minuman detoks juga. Untuk maklumat lebih lanjut sila kunjungi  www.healthland.com.my sekarang.