Share

Nostalgia berbuka puasa air tangan ibunda hanya terdapat di Pullman KLCC. Menu lazat disediakan mirip sekali masakan ibu di kampung halaman. Rindu pun terurai. Apa ada di sini?

Ayuh kita bersama-samalah mengimbau kenangan di kampung. Pelbagai menu lazat disediakan seperti rusa, kambing, mee udang galah dan paling sedap, colek-colek kelate.

Semestinya colek-colek kelate membawa saya pulang ke kenangan silam saat bersama arwah ibu dan ayah. Ibu akan menghidangkan colek-colek untuk kami sekeluarga makan ketika moreh seraya menonton pertandingan tilawah al-quran.

Semestinya anda akan membina kenangan tersendiri di sini. Bawa keluarga, sahabat handai atau teman sekerja. Makan malam Selera Ibunda di Pullman KLCC bermila 4 hingga 28 Mac. Tempah segera untuk tempat anda!