Share

Musim Bunga mengasyikkan dengan padanan floral mekar telah memberi inspirasi kepada koleksi terbaharu Mary Kay, Into the Garden beredisi terhad.

Edisi terhad Koleksi Into the Garden ini hasil kerjasama dengan pereka fesyen berasal dari Brazil Patricia Bonaldi. Mengambil inspirasi floral dalam taman, produk kecantikan ini lebih menyegarkan dan baharu tetapi tidak kehilangan intipati Mary Kay itu sendiri.

IMG_8452MG_8454IMG_8455

Kerjasama ini merakam sempurna floral sebagai ilham fesyen masa kini. Sementelah dirasikan pula pakar kecantikan di dalamnya oleh Mekap Artis Global Mary Kay, Sebastian Correa. Terhasilnya koleksi hebat ini hasil gandingan dua jenama besar ini.

Saya mencuba solekan mata dan lipgloss Into the Garden ini. Rona yang ada seperti violet, natural taupe, pink dan plum brown mudah diaplikasi. Mungkin paling sukar buat saya adalah mencuba violet kerana pilihan rona saya lebih asli atau semula jadi. Tetapi kita perlu berani mencubakan? Jadi saya jadikan violet sebagai dasar hujung soket mata agar lebih seri dengan penambahan warna.

mkk mary-kay-into-the-garden-compact-alt-h mary-kay-into-the-garden-compact-h

Cara Solekan Saya:

  1. Meletakkan pink sebagai dasar terutama di tulang mata atas agar tampak lebih menyerlah.
  2. Natural taupe saya oles di kelopak mata.
  3. Plum Brown saya letak di tengah antara tulang mata dan kelopak sebagai satu garisan pemisah tetapi di blend lebih serasi.
  4. Akhir sekali saya oles violet pada hujung mata sebagai penambah seri.

20160307_144003 20160319_172627 20160319_172616

Tekstur kilauan pada solekan mata ini sangat saya gemari. Memang saya suka glitters. Untuk pengilat bibir pula terdiri dari rona nude, pink dan coral. Cuba sahaja yang serasi dengan rona warna bibir digunakan.

IMG_8404

Pelengkap koleksi ini terdapat juga pengilat kuku New Limited-Edition Into the Garden Nail Lacquer. Tiga warnanya, Pink Magnolia, Coral Blossom dan Sweet Lilac sangat memikat malah kalau berani boleh digandingkan warna-warna ini. 

Hubungi Independent Beauty Consultant di nombor 03-7711 7500 atau layari www.marykay.com.my untuk belian segera.

mary-kay-Into-Grdn-Patricia-Bonaldi-landing-page-hero-2-412510