Share

Ketibaan bulan suci Ramadan disambut dengan girang oleh Dorsett Kuala Lumpur dengan menu bufet makan malam Simfoni Serantau, sebuah perayaan cita rasa yang menggabungkan tradisi kulinari tempatan dan antarabangsa di Checkers Café.

Dengan lebih daripada 100 hidangan disediakan, bufet tahun ini menjanjikan pengalaman yang memuaskan untuk setiap selera. Ada Perut & Rebung Masak Assam Pedas, Pecel Lele Rangup, Hati Buyah Goreng Kicap, Kambing Panggang Xinjiang dan banyak lagi.

“Bufet Ramadan kami tahun ini bukan sahaja meraikan kepelbagaian rasa yang kaya, tetapi juga mencerminkan semangat dan dedikasi pasukan kulinari kami,” ujar Chef Mohd Azmi Bin Sarginen, Ketua Chef di Dorsett Kuala Lumpur.

“Setiap hidangan disediakan dengan teliti menggunakan bahan segar tempatan, bagi memastikan pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan buat para tetamu. Kami amat menantikan kehadiran pelanggan ke bufet kami tahun ini untuk bersama-sama meraikan bulan yang mulia ini.”