Pada sesiapa yang teringin makan nasi minyak dengan lauk pauk enak, sila hadir di SISIK ROYAL BUFFET kerana kesemuanya ada di sini. Menjelang Ramadan, lebhi 150 menu disediakan pasti membuka selera anda sekeluarga. Ayuh, rancang kunjungan anda hari ini.
Restoran ini menyediakan menu melayu asli yang dihidangkan langsung dari kuali semasa masih panas. Malah disediakan kiosk untuk chef memasak menu secara langsung. Semestinya hidangan sentiasa segar. Resipi enak di SISIK adalah gabungan cara memasak orang Negeri Sembilan dan Pahang. Justeru itu, aneka masak lemak kuningnya sangat menyelerakan.
“Sisik Shah Alam beroperasi sjeik 2020 yang fokus pada makanan istimewa seperti ikan bakar dan makanan laut.Antara pilihan mesti cuba adalah Ikan Patin Air Bukit kerana ikan patin disediakan dibela di kolam Jerantut menggunakan aliran air bukit. Semestinya rasa ikan tersebut seperti patin liar,” ujar pengasasnya NorAlinda.
Semestinya anda wajib mencuba kambing bakar kerana rasanya yang berempah enak dan manis dibibir. Daging gulai kawahnya juga lembut dikunyah dan serasi dijamah dengan nasi minyak. Terdapat banyak lagi juadah seperti goreng gorengan dan aneka pilihan minuman.
SISIK juga mempunyai ruang makan yang selesa dengan boleh mengisi sebanyak 600 pelanggan pada satu-satu masa. Untuk keselesaan pelanggan pada Ramadhan SISIK akan menghadkan kepada 400 pelanggan. Perasaan lebih tenang ketika pelanggan menjamu selera adalah keutamaan SISIK.
Ruang makan SISIK terletak di kawasan Garden bersebelahan pemandangan kolam renang yang boleh menempatkan sebanyak 320 pax dan kawasan Glass House (berhawa dingin) sebanyak 80 pax yang boleh melihat bekas tapak Ikonik Stadium Shah Alam.
Terdapat juga ruangan tandas, bilik mandi dan ruang solat yang selesa dan boleh menempatkan 40 jemaah pada satu-satu masa. Semua kemudahan diberikan ini kerana SISIK mahu memastikan semua pelanggan berasa selesa untuk hadir bersama keluarga dan sahabat handai.
Apa Yang Kami Tawarkan?
Dewasa : RM 119.00 sahaja
Kanak-kanak (6-12 tahun) : RM 69.00 sahaja
Bagi menghargai pelanggan yang setia, SISIK telah menawarkan pakej Promosi Royal SISIK Buffet dalam masa yang akan dimaklumkan iaitu :
Pakej Promosi Dewasa : RM 97.00 sahaja
Sempena Hari Pelancaran SISIK ROYAL Buffet bermula 6 – 9 Februari 2025 Pakej Early Bird Istimewa ditawarkan hanya pada harga RM 87.00 sahaja (Dewasa).