Berjaya tawan dunia, BTS tidak menoleh belakang lagi. Langkah Bangtan Boys, smooth like butter. Menjadi duta hampir di Asia dan Antarabangsa, daripada jenama fesyen, e-commerce, f&b dan penapis air & udara.
Life Care Company, Coway memilih BTS sebagai duta jenama global. Coway ingin meningkatkan kesedaran jenamanya di Malaysia dan di seluruh dunia menerusi kerjasama dengan BTS ini, sementelah kedua-dua jenama mempunyai pangkalan peminat yang ramai di pelusuk dunia
“Kami melihat sinergi yang serasi antara Coway dan BTS, dan saya percaya kerjasama ini akan membawa lebih kegembiraan dan keceriaan kepada pelanggan kami, serta pasaran alat keperluan rumah dan kesejahteraan global. Bersama dengan BTS, kami di Coway ingin menyempurnakan kehidupan seharian rakyat Malaysia serta membawakan keceriaan dan kesihatan kepada semua,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.
Setakat ini, lebih daripada tujuh juta rakyat Malaysia menikmati udara lebih segar, air lebih bersih dan tidur lebih nyenyak dengan produk Coway yang menyempurnakan kehidupan, menawarkan kesenangan harian dan ketenangan fikiran kepada para pengguna.
“Tiada cara yang lebih baik untuk mendekati pelanggan kami yang lebih muda dan juga semua rakyat Malaysia selain daripada menerusi muzik yang bersifat sejagat! Saya faham bahawa BTS dan K-Pop memang mempunyai ramai pengikut dan peminat di Malaysia,” kata Choi. Malah, Malaysia tersenarai sebagai pasaran global ketujuh tertinggi di Twitter dengan 6.1 bilion ciapan Twitter tentang K-pop.
Berhibur dengan lagu terbaru Butter sambil menikmati minuman lebih bersih dan udara lebih segar. Semestinya Coway dan BTS menepati gaya hidup jiwa muda dan ceria anda.