Cuaca negara kita yang panas dan ada ketika dihadiri jerebu, sangat menyukarkan kita menjaga kecantikan. Bahagian paling terdedah pada keadaan cuaca ini pula semestinya wajah kita. Ada ketika hati terntanya-tanya bagaimana mahu mengekalkan wajah tetap berseri-seri walau bagaimanapun keadaan cuaca di depani. Mampukah THEFACESHOP Oil Control Water Cushion SPF50+, PA+++ membantu?
Paling penting adalah solekan lebih mudah dengan hanya satu solekan. Kemudian wajah tampak pula lebih semula jadi. Saat memakai ada pula efek sejuk yang mampu menyamankan wajah. Mahu memakai semula untuk kemasan wajah setelah beberapa jam berlalu pun mudah. Tiada lagi kesan comot dan sebagainya.Seandainya kamu impikan keadaan itu, pasti ada teman yang menggeleng kepala. Tetapi jika kamu membaca entri ini pada saat ini, kamu telah menemuinya.
THEFACESHOP Oil Control Water Cushion ternyata sesuai dipakai di musim panas dan si kulit berminyak. Menggunakan teknologi LG Patented ‘Micro Foam’ yang lebih padat dari span Polyurethane biasa. Paling seronok apabila bedak asas cushion ini memaparkan tiga kelebihan jitu—Kalis peluh,tidak melekit dan terdapat juga formula yang mengawal sebum terutama dengan adanya serbuk Blooming Rose Powder dan Ekstrak Citrus Unshiu.
Berikut pula adalah kandungan yang terdapat di dalamnya;
- Air dari Tasmania, Australia dan Air Oksigen Itali untuk proses hidrasi.
- Blooming Rose Powder dan Ekstrak Citrus Unshiu Peel yang berfungsi mengawal sebum.
- Skin Fit Cover Powder untuk tahan lama.
Penggunaan kusyen adalah inovatif baharu dalam dunia kecantikan terutama untuk bedak asas cairan pekat. Cairan bedak asas memenuhi permukaan kusyen. Kamu boleh menggunakan penyapu bedak disediakan tetapi saya lebih suka menggunakan berus. Memang ternyata mudah menggunakannya terutama aplikasi selepas solat dan perlu menyolek semula. Bagi saya yang sentiasa sibuk memang memerlukan bedak asas yang semudah ini. Tiada perasaan ragu untuk aplikasinya kerana material digunakan juga meresap ke dalam kulit dengan mudah. Tetapi tidak meninggalkan kesan comot pada tangan. Selain itu wajah kamu bakal kelihatan mulus, berseri-seri dan kekal cantik sehingga ke petang.
Solekan pasti lebih sempurna menggunakan THEFACESHOP Oil Control Water Cushion dengan padanan alat solek berikut;
- Pembayang mata THEFACESHOP Dual Baked Shadow.
- Celak THEFACESHOP Ink Graffi.
- Maskara THEFACESHOP Fresian Volumizing
- Pemerah pipi THEFACESHOP Cream Blusher berona Coral
- Gincu THEFACESHOP Ink Lipquid juga berona Coral
Saya mendapati lebih mudah dan licin untuk meletakkan warna pemerah pipi, juga ketika melakukan sedikit shading pada wajah. Malah ia mudah sebati dengan gandingan alat solekan lain. Wajah pasti lebih semula jadi. Habis meletakkan celak dan maskara, saya memilih gincu dari koleksi sama tetapi warna lebih merah. Rasanya ‘mood’ untuk hari ini lebih ceria dan meriangkan. Oh, saya memang menyukai THEFACESHOP Ink Lipquid dan memakainya setiap hari ke bekerja dengan warna yang berbeza-beza.
Kamu boleh muat turun kod diskaun di Microsite: http://oilzerochallenge.thefaceshop.net.my/ dan dalam pada waktu sama isikan data untuk jadi keahlian percuma.
Facebook: www.facebook.com/thefaceshopmalaysia
#Oilzerochallenge
#thefaceshopmalaysia
#Oilcontrolwatercushion
#thefaceshop
#kimsoohyun