Share

Kehidupan sebagai model bersama teman-teman seangkatan menjadi buruan paparazzi. Kendall Jenner sedang menikmati gaya hidup diidamkan semua. Walaupun Cathlyn Jenner kelmarin mencuri perhatian dunia tetapi Kendall tetap ke depan mengejar impiannya sendiri.

Ultra-chic. Elegan bersahaja. Kendall Jenner, model unggul dan wajah terbaru Estée Lauder ini merupakan lambang kecantikan moden. Dia merupakan IT girl yang telah menggegarkan pentas peragaan, menjadi idola gadis-gadis muda. Estée Lauder menunjukkan bagaimana kamu boleh memiliki solekan sebegini dengan teknik-teknik kecantikan Kendall.

kendall2

Estée Lauder pernah berkata, “Kecantikan hanya memerlukan masa tiga minit.” Dengan visi ini dan berprinsipkan “setiap wanita boleh memiliki kecantikan”, dia telah mencipta teknik
kecantikan 3 Minit, iaitu rutin pantas untuk merias wajah. Teknik-teknik ini direka untuk mengubah penampilan wanita dengan cepat dan mudah.

Teknik-teknik yang berbeza ini memberi perhatian kepada sebahagian wajah, untuk memberi definisi dan menyerlahkan ciri-ciri wanita. Setiap teknik boleh digunakan sendiri, ataupun
digabungkan untuk tampil cantik dan glamor.

Untuk memiliki solekan sebegini, jurusolek Estée Lauder Asia Pasifik, Bobby Wang berkongsi petua dan cara untuk menggabungkan dua teknik kecantikan, iaitu Perfect Brows dan Simple Smokey. Akhir sekali, teknik kecantikan 3 Minit, Sky High Cheekbone melengkapkan penampilan ini.

xx

diy

TEKNIK & LANGKAH-LANGKAH
Perfect Brows
1. Calit 3 titik penyerlah di atas kening – di sudut dalam, puncak dan pada ekornya. Kemudian, oleskan lapisan penyerlah di bawah kening. Adun perlahan-lahan menggunakan jari.
2. Cari 3 titik tersebut – di sudut dalam, puncak dan pada ekornya.
3. Lukis garisan bawah – bermula dari hujung, sepanjang garisan bawah sehingga ke puncak;
4. Lukis garisan atas – bermula dari hujung, sepanjang garisan atas sehingga ke puncak, melintang ke garisan bawah.
5. Lukis garisan pada ekor – bermula dari puncak sehingga ke ekornya.
6. Isikan dengan pensel kening, dengan coretan yang lembut.
7. Sikat kening dengan menggunakan berus maskara yang bersih untuk melembutkan coretan tersebut.

Simple Smokey
1. Sapukan penyerlah pada mata, bermula dari garisan bulu mata sehingga ke bawah kening. Adun dan ratakan menggunakan jari.
2. Oleskan penggaris mata sepanjang kelopak mata – jangan bimbang tentang garisan sempurna. Gunakan aplikator atau jari untuk mengadunkan garisan sehingga ke ekor mata.
3. Sapukan pembayang mata rona 4 di atas garisan tersebut dan adunkan sehingga ke ekor mata dengan menggunakan berus pembayang.
4. Sapukan Little Black Primer™ dan beberapa lapisan maskara.

Sky High Cheekbones
1. Oleskan penyamar noda dalam rona gelap pada telapak tangan dan rapatkan tangan anda.
2. Dengan perlahan-lahan, letakkan telapak tangan anda pada kontur pipi.
3. Adunkan perlahan-lahan menggunakan jari.
4. Sapukan penyerlah sepanjang bahagian atas tulang pipi. Adunkan perlahan-lahan menggunakan jari.
5. Untuk kemasan akhir, oleskan pemerah pipi kegemaran anda pada buah pipi dalam bentuk “X” kecil.

12.Kendall Jenner Inspired Products

Estée Lauder menawarkan perkhidmatan percuma Kecantikan Dalam 3 Minit di kesemua kaunternya. Hubungi kaunter pilihan anda untuk membuat temujanji.