Share

Berkongsi beberapa tip mudah mengoles gincu pada bibir. Menggunakan Mary Kay® Gel Semi-Matte Lipstick, semestinya harimu lebih nyaman. Tekstur berkualiti turut jadi ukuran pemilihan pemerah bibir saya.

Ketahuilah, wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan gincu. Dioles sedikit pada bibir, pasti menaikkan seri pada wajah. Sejak zaman berzaman, bibir diwarna dengan bahan asli yang boleh didapati sekeliling seperti jus buah dan tumbuhan.

Kini gincu mudah sekali didapati tetapi kamu perlu bijak memilih gincu yang lebih berkhasiat. Gincu Mary Kay® Gel Semi-Matte Lipstick sepenuhnya mendapat liputan menggunakan teknologi gel microsphere. Kaedah ini membuatkan gincu lebih diperkaya dengan warna yang bertahan lebih lama tanpa membuat bibir kita jadi kering.

Saksikan YouTube Marini Mat Zain dibalik tabir sesi fotografi Mary Kay® Gel Semi-Matte Lipstick

Teknologi Cushion Matrix termaju digunakan dengan pengisian ultrafine silica microspeheres bagi mengekalkan warna di atas litupan bibir. Selain itu, Mary Kay® Gel Semi-Matte Lipstick mengandungi bahan seperti minyak sunflower, jojoba esters, untuk lembapan bibir. Pigmen dikisar selama 24 jam untuk satu warna rata yang ultrafine.

Moden dan cool, koleksi lapan warna ini adalah tona sensasi sepanjang zaman. Pilihlah yang berkenan antara Bashful You, Rich Truffle, Mauve Moment, Powerful Pink, Always Apricot, Poppy Please, Crushed Berry atau Midnight Red dan padankan dengan tona solekan dan pakaian dalam gerobokmu.

BDCarousel2016_945_GelMatteLipstick

Secara peribadi saya sangat menyukai material produk yang melembap bibir sepanjang hari. Kemewahan warna pula membuat si pemakai lebih berkeyakinan menempuh hari-hari dilalui. Selain mengoles di bibir secara semula jadi ada beberapa tip memakai gincu ini ingin saya kongsikan.

IMG_4267

Solekan malam saya memilih Crushed Berry dan memadankan solekan mata dan pemerah pipi yang senada. TIP 1: Saya mendambakan pemerah pipi yang sama warna lalu menggunakan gincu Crushed Berry pada bahagian tulang pipi. Oles sedikit dan ratakan sekata sehingga menghasilkan rona lebih lembut.

IMG_4342 IMG_4367

Mahu percutian pantai lebih bergaya dengan solekan lebih seksi. Tip 2: Sebelum bibir dioles Powerful Pink, pastikan kamu letak bedak alas liquid atau concealer terlebih dahulu. Hasilnya pasti solekan bibir bertahan lebih lama.

IMG_4221 IMG_4191

Untuk temu janji, solekan semula jadi atau natural lebih selesa. Kamu semestinya tidak mahu kelihatan keterlaluan memakai solekan tebal di wajah. Tip 3: Mengoles gincu pada bibir secara terus memang mudah. Namun, sukar mengawal garis bibir agar tidak kelihatan comot. Oleh itu guna berus bibir yang halus untuk mendapatkan garis lurus sekeliling bibir. Pastinya menyerlahkan lagi rona Bashful You nan natural.

IMG_4238-2 IMG_4244

Solekan liburan bersama teman-teman perlu manis. Mana tahu saat minum kopi, bertembung bakal pujaan hati. Tip 4: Mahu tambah glamor, selepas sapuan gincu rona Always Apricot, guna berus dan sapu debu glitters. Saya guna celak bertekstur glitters warna senada di atas bibir. Setelah itu boleh sapu pelembap bibir dan bersedia untuk keluar.

Mary Kay Gel Semi- Matte Lipstick boleh dimiliki bermula 1 Ogos 2016 hanya RM 55.

MK Dream Beautiful Kembali Lagi

Mary Kay, jenama kosmetik kini mengumumkan penyertaan Mary Kay Asia Pacific 2016 Dream Beautiful Contest kini telah dibuka kepada peserta. Setelah empat tahun, pertandingan paling unggul dan glamor ini memberi peluang membuka langkah peserta menjadi model Asia tersohor dan sekaligus meraikan bakat mekap artis.

Mary Kay percaya setiap wanita punya impian tersendiri dan pertandingan Dream Beautiful ini menggalakkan wanita bergabung contohnya Mary Kay Independent Beauty Consultants berkolaborasi dengan model dan bersama-sama mengejar impian.

“Visi Mary Kay adalah memperkaya kehidupan wanita selain membantu mereka menemui kecantikan diri di luar dan dalam.

“Visi Mary Kay adalah memperkaya kehidupan wanita selain membantu mereka menemui kecantikan diri di luar dan dalam. Pertandingan ini sebaliknya fokus kepada usahasama wanita dalam mengubah kehidupan menjadi reality dan penyertaan melibatkan seluruh wanita Asia. Kami menggalakkan wanita lebih konfiden, melangkah lebih yakin dan mengubah kehidupan mereka,” ujar K.K. Chua, Mary Kay Asia Pacific President.

Model Training by Karolina Kurkova_3 Makeup Training by Sunjin Kim_1

Negara yang terlibat dalam pertandingan ini seperti Australia, China, Hong Kong, Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura dan Taiwan. Mary Kay Independent Beauty Consultants menghantar penyertaan dengan model pilihan dan memenangi  pertandingan di Negara masing-masing terlebih dahulu. Setelah itu wakil Negara akan ke Hong Kong untuk menyertai aktiviti dan acara gemilang Grand Finale.

Pertandingan bermula 1 Julai 2016 sehingga Mac 2017. Ikuti  perjalanan pertandingan dan dapatkan inspirasi di:

www.mkdreambeautiful.com

Hubungi Independent Beauty Consultant hari ini di 03-7711 7500 untuk dapatkan FREE Makeover dan sertai pertandingan hari ini dan lawati www.mkdreambeautiful.com / www.marykay.com.my  untuk maklumat lanjut.

Sertai Mary Kay di FB: https://www.facebook.com/MaryKay.com.my/?fref=ts / IG: @MaryKayMySg