Share

Menyaksikan sebaris wanita bertubuh comel berjalan penuh yakin di pentas pada sidang media Plus Size Ambassador sanggat membanggakan. Begitulah yang didambakan pengasasnya Datin Amira Kay untuk membantu tanggapan umum kepada mereka. 

Plus Size Resources(PSQ) adalah merupakan sebuah syarikat atau pertubuhan yang telah diasaskan sekitar 2013 bertujuan mengumpul lebih ramai wanita bertubuh “Comel” dibawah satu payung yang mampu menjadi wakil buat mereka.

PSQ yang terbina hasil ilham pengasasnya Datin Amira Kay ini sangat komited untuk membantu wanita bertubuh “comel” melalui realiti kehidupan tanpa rasa was was dan malu berakibat dari rasa prejudis khalayak sekeliling.

Pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan ini merasa terpanggil untuk membantu mengikis stigma masyarakat yang selalu menganak tirikan wanita bertubuh “comel”.

Umum tahu, wanita bertubuh ” comel” sering didiskriminadikan dalam bidang pekerjaan, industri fesyen dan peragaan, malah ada yang tertekan dengan pandangan serta kata kata sinis keluarga serta pasangan hidup masing masing.

dsc00526

Akibatnya ramai yang rasa tertekan serta malu untuk tampil menunjukkan bakat masing masing.
Bukan semua pun wanita bertubuh “comel” yang setegar Adibah Noor mahupun sekuat pelakon dan pengacara Sherry Al Haddad. Kedua mereka sebenarnya antara ikon wanita bertubuh “comel” yang kuat semangat dan memegang pinsip ” ada aku kesah”.

Maka berbalik kepada hal ini, PSQ merasa terpanggil untuk menempa nama sebagai satu satunya pertubuhan wanita bertubuh “comel” atau Plus Size yang tampil dengan identiti serta acara yang tersendiri.

Maka terhasillah idea untuk menganjurkan sebuah pertandingan Plus Size Ambassador bertujuan bagi mengenengahkan bakat wanita bertubuh “comel” ke peringkat lebih jauh lagi.

dsc00511

Berteraskan prinsip mereka iaitu Anggun, Berkeyakinan serta Kejayaan, pertandingan ini bakal mencungkil bakat lebih ramai wanita bertubuh “comel” yang mungkin selama ini bakat tersebut hanya mati sebagai angan angan sahaja.

Seramai 25 peserta telah dipilih untuk menyertai pertandingan ini.Mereka telah dipilih berdasarkan komitmen serta kesungguhan mereka yang tinggi untuk mengikis tanggapan khalayak yang selama ini membentengi mereka dari melangkah lebih jauh.

Disamping itu mereka turut dipilih berdasarkan bakat masing masing dalam bidang peragaan, lakonan serta nyanyian.

Kesemua mereka akan memasuki peringkat semi final terlebih dahulu tahun hadapan dan bagi yang bertuah,mereka akan langsung ke peringkat final sebelum seorang peserta bakal dinobatkan sebagai Ambassador Plus Size.

dsc00463

PSQ berharap dengan menganjurkan pertandingan sebegini, lebih ramai wanita bertubuh “comel” akan lebih berani menyahut cabaran untuk mara ke depan tanpa perlu mengambil kira tohmahan khalayak.

Pihak PSQ juga sedang dalam rangka untuk maju lebih berani dengan menyertai beberapa pertunjukan fesyen yang berorestij sepwrti Asia Fashion Week dan Malaysia Fashion Week yang bakal diadakan tahun hadapan.

Diharap dengan usaha sebegini, wanita bertubuh “comel” tidak lagi bersifat seperti katak bawah tempurung malah akan lebih berani seumpama serikandi dalam menyahut cabaran untuk memajukan diri.