UNIQLO menyambut ulang tahun ke 40 dengan memperkenalkan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2024 “Timeless Tones”. Pelancaran berlangsung 15 Ogos 2024 lalu. Koleksi ini menonjolkan daya tarikan klasik yang ditingkatkan dengan sentuhan moden.
Koleksi musim ini memaparkan semula asas LifeWear dengan inspirasi yang diambil daripada gaya unik bandar-bandar bersejarah seperti Edinburgh dan Stockholm. Juga meneroka bagaimana keperluan asas LifeWear digabungkan dengan warna fesyen yang segar serta menggabungkan gaya klasik dengan rekaan moden.
Dari campuran corak dan bahan tempatan Edinburgh hingga gaya tona kontemporari Stockholm, keperibadian unik setiap bandar mempengaruhi rekaan terkini, menghasilkan busana kekal lama yang akan menjadi kegemaran selama bertahun-tahun.
Para tetamu dijemput ke suasana yang diinspirasikan oleh Nordic, mempamerkan pratonton eksklusif koleksi “Timeless Tones”. Koleksi ini mewakili pendekatan baru kepada LifeWear, menampilkan klasik abadi yang diberi nafas baru dengan sentuhan moden.
Warna yang canggih, midah digayakan, dan penggunaan bahan inovatif, semuanya diterapkan pada item tradisional, menonjolkan keanggunan yang mudah disuai padan. Setiap helaian dalam koleksi LifeWear klasik direka dengan siluet baru dan gaya yang sofistikated, harmoni serba boleh dan kepelbagaian sepanjang musim Luruh/Sejuk.
UNIQLO juga memberi keutamaan kepada suara tempatan pelanggan melalui kolaborasi dengan pihak tempatan bagi mengukuhkan komuniti terhadap tonggak kelestariannya.