Share

Setiap kali ke luar negara pastinya kamu tidak akan melepaskan peluang untuk berurut terutama sekali percutian ke Thailand atau Indonesia. Alasannya urutan di sana lebih murah dan banyak pilihan. Namun perlukah kamu memulihkan tubuh hanya setiap kali bercuti? Memang sukar untuk mencari spa yang serasi dengan selera kamu tetapi saya sudah temui tempatnya.

Berapa kerap kamu berkunjung ke spa untuk melakukan urutan? Sebulan sekali atau setahun dua kali? Semakin berusia, tubuh pun boleh tahan mula meragam. Sakit di belakang terutama urat belikat, habuan kamu sering bekerja di depan komputer riba. Saya juga mengalami masalah sakit di bahu kanan. Apabila diundang ke HealthLand Wellness Center, saya sangat teruja. Terutama sekali spa ini dekat dengan rumah saya di Puchong,

Berkunjung ke spa sendirian agak membosankan, lalu saya mengundang teman baik, Nisa Halid, Penolong Pengarang Cosmopolitan. Kesibukan masing-masing membataskan kami untuk sering bersama, jadi ini lah salah satu caranya. Melangkah masuk mata kami terpesona dengan dekorasi disediakan. Saya sering ke kawasan ini untuk membayar bil tidak pernah terlintas masuk. Cantik!
IMG_5524 20150730_02IMG_5530

“Sawadeekah!” tegur kakitangan HealthLand menyambut kami. Terapi di sini memang mendapat latihan daripada Wellness Academy bertauliah dengan Ministry of Labour (Thailand). Melihat senarai pakej semestinya saya menolak untuk melakukan urutan Thai. Saya pernah cuba ketika berkunjung ke Bangkok bulan lalu. Memang saya tidak menikmatinya langsung kerana banyak ketawa pabila dilipat-lipat satu badan.

20150730_01 IMG_5552 20150730_013

Sementara memilih treatment sesuai, kami dihidangkan minuman sambil berbual-bual. Mendengar sejarah kesihatan saya, hujung Julai lalu diserang Soft Stroke, saya disarankan untuk membuat Aromatic Oil (60 minit) dan Luk Pra Kob (60 minit). Nisa memilih Aromatic Oil (60 minit) dan Foot Treatment (60 minit). Setelah memilih minyak aroma untuk urutan, kami dibawa ke ruang mencuci kaki.

Saya diterangkan kaedah urutan Luk Pra Kob yang persis urutan bertunku mengguakan Hot Herbal Compress (Luk Pra Kob). Ianya campuran herba-herba Thai yang diletakkan di dalam beg dan dikukus sebelum diurut pada tubuh. Semestinya diperkaya dengan khasiat yang memulihkan tubuh.

20150730_e045 IMG-20151023-WA0004 IMG_5531

Kemudian kami dibawa ke kamar untuk bertukar pakai dan melakukan urutan disarankan. Memang sangat enak rasa tubuh terutama pabila Luk Pra Kob ditunku pada seluruh tubuh. Memang saya sudah jatuh cinta dengan urutan ini dan akan kembali semula. Pakej urutan saya ambil ini hanya RM143.

Walaupun bangunan HealthLand tersergam indah, tetapi harganya masih berpatutan dan menepati kualiti terapi yang mendapat latihan sesempurna. Lebih-lebih lagi mereka menyarankan urutan yang bertepatan dengan keadaan kesihatan tubuh badan kamu ketika ini. Dua jam tidak mencukupi bagi kami dan masing-masing mula merancang membawa keluarga. Cawangan-cawangan spa ini ada juga di Kota Kemuning, USJ Taipan, SS2, Sri Petaling dan Setia Alam.

Senarai New Happy Hour  (dari 11am – 3pm) di HeathLand, Thainess Oil Treatment (RM88 – 120 minit), Thai Traditional Treatment (RM78 – 120 minit), Foot Treatment  + Phlai Balm (RM45 – 60 minit) dan Foot + Shoulder Treatment + Phlai Balm (RM63 – 90 minit). Berbaloi kan? Layari www.healthland.com.my untuk maklumat lanjut.

IMG_5545 IMG_5538 20150730_011