Share

Kesibukan kita sehari-hari telah membataskan waktu senggang, apatah lagi mahu ke spa untuk menjalani rawatan wajah. Temu janji sebulan sekali pun tak tertunai, lalu kamu terfikir alangkah bagusnya kalau dapat melakukannya sendiri di rumah. Jimat pun jimat!

IMG_2665

Dengan Glow and Shine, Skin Smoothing Mask dari B.LIV, kamu boleh melakukannya sendiri di rumah seminggu sekali. Pulang dari kerja, letak tas tangan dan berlalu ke kamar mandi. Apa perlu kamu lakukan adalah mencuci wajah dan leher. Setelah wajah dilap kamu pupur Glow and Shine dan meneruskan kerja-kerja lain seperti menyediakan makan malam ringkas, memasukkan pakaian kotor ke mesin basuh atau membuka komputer riba dan update satu entri blog.

Selepas 15 minit barulah kamu basahkan pupur di wajah dan membuat urutan secara membulat dan sekali gus membersihkan diri. Sama ada mengatur temu janji dengan si dia atau langsung tidur, percayalah, malammu pasti lebih segar dan mengujakan.

IMG_3081

Fungsi utama Glow and Shine adalah untuk penggelupasan, mengecilkan liang roma dan mencerahkan kulit. Skrub pupur penggelupasan bertindak secara mendalam untuk menyingkir sebarang noda dan ketidaksempurnaan pada wajah seperti parut dan kulit kusam.

Glow and Shine ini bertindak menjadikan kulit wajah lebih licin dan berseri-seri. Kulitmu akan kembali cerah seperti sedia kala malah tona wajah juga menjadi lebih sekata. Seri wajahmu nyata terserlah  dari dalam.

Mengandungi  asid Laktik yang mengawal kehadiran minyak. Asid ini didapati daripada susu, terkenal dengan sifat-sifat menenangkan kulit wajah. Turut mengandungi penggelupas AHA lembut yang akan membantu penyerapan lebihan minyak atau sebum dan merangsang pembaharuan sel kulit sehingga kulit tampak lebih bertenaga.

Papaya Enzyme pula terhasil dari betik yang berkhasiat menyingkirkan sel kulit mati disamping melembutkan dan mencerahkan kulit tanpa memberi kesan pada tisu kulit disekitarnya.

IMG_3026

Aplikasi Glow and Shine, Skin Smoothing Mask, B.LIV, 50ml RM75. Guna seminggu sekali;

  1. Pupur Glow and Shine pada bahagian wajah dan leher yang sudah dicuci dan dilap dengan tuala. Lapisan biarlah tebal. Elakkan bahagian bibir dan mata. Biarkan selama 5-10 minit.
  2. Setelah itu basahkan wajah dan leher, kemudian urut perlahan dengan pergerakan membulat.
  3. Cuci sebersih-bersihnya.

Produk ini boleh didapati di cawangan Sasa & untuk maklumat lanjut Sila  layari bliv.com

MENANG!

3 X Glow & Shine – Skin Smooth Mask bernilai RM75 setiap satu

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi poduk B.LIV dengan cara berikut;

  1. Like Elegan fan page di facebook.com/eleganblog
  2. Like B.LIV facebook di pautan facebook.com/blivbycellnique
  3. Share entri ini di media sosial kamu—Facebook & twitter
  4. Jawab soalan ini: Namakan fungsi utama Glow and Shine…
  5. Isi maklumat peribadi kamu (nama penuh, alamat, no. telefon, e-mel) di ruangan borang mesej di bawah.

Peraduan berakhir pada Isnin, 15 Jun 2015. Pemenang akan diumumkan menerusi email.

Sila isi borang di bawah ini.

[contact-form-7 id=”2605″ title=”Contact form 2″]