Atmos Japan kini melancarkan Edisi Eksklusif Model Popular Asics SportStyle ‘GT-2160’, konsep “We Are All Medalists” Mengikuti Warna-Warna Pingat Emas, Perak, dan Gangsa. Ia penghormatan kepada semangat dan dedikasi yang tidak kenal lelah dalam setiap individu yang berusaha mencapai matlamat mereka.
Dilancarkan pada 1 Ogos di bawah konsep yang menginspirasi “We Are All Medalists,” kasut edisi khas ini adalah simbol ’empowerment’ dan ‘self-belief’.
Juara sejati bukan dinilai menerusi kemenangan, tetapi pada keazaman yang gigih untuk mengejar impian mereka. Atmos lebih menghargai mereka yang punga kesetiaan diri lantas memperkenalkan ‘We Are All Medalists’ demi penghargaan terhadap mereka berprinsip sama.
Produk ini akan tersedia di kedai Atmos dan Atmos Pink di Jepun, kedai dalam talian, dan Atmos INDONESIA bermula 1 Ogos 2024.