Share

Bersedialah, “Heartriders”! Penyanyi dan pelakon Korea Selatan yang penuh pesona, Seo In Guk, bakal memukau Kuala Lumpur menerusi jelajah “Heart Cookie” Asia Fan Meeting Tour yang dinanti-nantikan pada 10 Oktober 2025, bertempat di HGH Convention Centre.

Ini adalah peluang eksklusif anda untuk menyaksikan secara langsung artis serba boleh yang telah menguasai carta muzik dan layar kaca dengan karisma luar biasa dan bakat yang mengagumkan. Siapa tidak jatuh cinta dengan perwatakan pemuda ini.

Nah, Seo In Guk akan bertemu janji dengan anda juga di Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Tiket persembahan di Kuala Lumpur bagi jelajah “Heart Cookie” akan mula dijual secara rasmi pada 27 Jun 2025, jam 12 tengah hari (MYT). Tandakan tarikh anda dan bersedia untuk mendapatkan tempat anda melalui lolasia.bigtix.io.

Jadi, bersedialah, Kuala Lumpur — untuk malam penuh muzik yang sensasi, interaksi yang menyeronokkan, dan kenangan yang tak terlupakan bersama satu-satunya, Seo In Guk!