Gelanggang pertembungan ahli fesyen kembali lagi di Kota Kasablanka, Jakarta. Bermula 2012, pada tahun ini Indonesia Creative Week (ICW) akan diadakan dua kali sempena Spring/Summer dan Fall/Winter.
Acara ini menggabungkan jenama hebat dengan pereka fesyen muda berbakat besar. Terdapat juga dekorasi booth yang sangat kreatif buat pengunjung terutama peminat fesyen menjamu mata.
Selain aktiviti Creative Fashion Bazaar, acara empat hari itu diisi dengan 30 pertunjukan fesyen koleksi pereka ternama seperti Ramli, Itang yunasz, Ai Syarief, Ennyjeans dan banyak lagi.
Terdapat juga bual bicara bersama pereka fesyen dan pakar fesyen, Seminar Entrepreneur, Kelas Kecantikan kerjasama bersama Pixy Cosmetics, pameran fotografi fesyen, Icon Model Search 2013/2014 dan ICW 2013 Awards.
ICW juga memberi penghargaan kepada pereka muda dengan tiga kategori ICW Awards—The Most Creative, Outstanding, dan Favorite’s Designer Awards. ICW adalah satu wadah meningkatkan industri fesyen kreatif di Indonesia dan penghargaan kepada karya pereka Indonesia. Selain memartabatkan jenama, produk dan membangunkan imej fesyen kreatif Indonesia.
Saya berkesempatan bertemu beberapa pereka fesyen muda berbakat seperti Rafi, Gisca dan Angie. Banyak kisah menarik akan saya kongsi di post yang akan datang terutama mengenai bakat Rafi, kanak-kanak kekurangan upaya ini. Kisahnya sangat memberi inspirasi.
Empat hari berada di kota Jakarta dipenuhi dengan kunjungan ke ICW selain bersantai disekitar kota. Satu pengalaman menarik buat saya. Hujung tahun ini akan berlangsung satu lagi acara sepertinya. Pasti koleksi akan datang lebih mengujakan.










