RAKERNAS MENGUATKAN PERANAN USAHAWANITA INDONESIA MALAYSIA

Share

‘Peran Strategis Perempuan Pengusaha dalam Pembangunan Berkelanjutan Menuju Indonesia Emas’ menjadi tema utama bagi sebuah acara berprestig yang berlangsung di Sunway Putra Hotel, Chow Kit, Kuala Lumpur. Tema tersebut menguatkan lagi peranan usahawanita dalam pembangunan nasional dan global.

IWAPI MEMPERKASAKAN USAHAWAN WANITA

Share

IWAPI RAKERNAS III’ di Kuala Lumpur dianjurkan Persatuan Wanita Usahawan Indonesia (IWAPI) dengan tema “Peranan Strategik Usahawan Wanita Dalam Pembangunan Lestari Menuju Indonesia Emas.”

Gaya Schmiley Mo Comel & Quirky

Share

Koleksi menarik dibawakan dari seberang ini sangat fun dan lucu (cantik). Memang sangat serasi dengan personaliti dibawakan Schmiley Mo dan kamu yang menggemari rekaan paling santai. 

Cinta Etnik Frankitas

Share

Cinta lama terhadap tekstil, ikat etnik dan hasil seni tradisional artisan mendorong pemilik melancarkan Frankitas, jenama yang menghasilkan rangkaian produk etnik seperti beg, skarf sutera dan aksesori menawan. Beroperasi setahun lalu, Frankitas kini semakin mara menembusi pasaran dunia fesyen.

Nyamannya SapuLidi

Share

Saya percaya saat melancong kita mesti nak menjelajah destinasi dilawati dan paling penting nak membeli-belah. Saranan saya, apa kata dua malam terakhir kamu dihabiskan santai di lokasi nyaman seperti SapuLidi Sawah Cafe Resort & Gallery.

Perjalanan Jakarta, Bandung Mengasyikkan

Share

Trip kali ini agak lama. Hampir seminggu menghabiskan waktu di Jakarta dan Bandung. Pada kunjungan lalu, saya hanya melewati jalan Cikini di Jakarta. Ternyata banyak kafe-kafe wajib dikunjungi. Kali ini saya berpeluang ‘ngopi’ di Bakoel Koffie. Sebelum itu sempat ke Minggu Fesyen Jakarta. Ternyata gaya mereka sungguh mengasyikkan.

Trip Jakarta: Jaksa Atau Sabang?

Share

Saya dalam dilema pabila teman-teman saat akhir membatalkan perjalanan masing-masing. Mereka punya hal peribadi yang harus dibereskan. Sedang saya memerlukan percutian setelah lelah 26 hari menggalas tugas HOD wardrobe filem Kitai di produksi MIG. Nekad saya memeruskan penerbangan sendirian pada malam 12 haribulan itu. Alahai, penerbangan Malaysia Airlines lewat sejam, sepatutnya jam 10 jadi 11 malam. Pasti saya akan tiba lewat jam 1 pagi. Mujur dari lapangan terbang ke bandar hanya 25km iaitu 15 minit sahaja.

Indonesia Creative Week 2013

Share

photo 1

 

Gelanggang pertembungan ahli fesyen kembali lagi di Kota Kasablanka, Jakarta. Bermula 2012, pada tahun ini Indonesia Creative Week (ICW) akan diadakan dua kali sempena Spring/Summer dan Fall/Winter.

Acara ini menggabungkan jenama hebat dengan pereka fesyen muda berbakat besar. Terdapat juga dekorasi booth yang sangat kreatif buat pengunjung terutama peminat fesyen menjamu mata.

Untitled-1 jkt

Selain aktiviti Creative Fashion Bazaar, acara empat hari itu diisi dengan 30 pertunjukan fesyen koleksi pereka ternama seperti Ramli, Itang yunasz, Ai Syarief, Ennyjeans dan banyak lagi.

Terdapat juga bual bicara bersama pereka fesyen dan pakar fesyen, Seminar Entrepreneur, Kelas Kecantikan kerjasama bersama Pixy Cosmetics, pameran fotografi fesyen, Icon Model Search 2013/2014 dan ICW 2013 Awards.

photo 2

ICW juga memberi penghargaan kepada pereka muda dengan tiga kategori ICW Awards—The Most Creative, Outstanding, dan Favorite’s Designer Awards. ICW adalah satu wadah meningkatkan industri fesyen kreatif di Indonesia dan penghargaan kepada karya pereka Indonesia. Selain memartabatkan jenama, produk dan membangunkan imej fesyen kreatif Indonesia.

rafi

 

Saya berkesempatan bertemu beberapa pereka fesyen muda berbakat seperti Rafi, Gisca dan Angie. Banyak kisah menarik akan saya kongsi di post yang akan datang terutama mengenai bakat Rafi, kanak-kanak kekurangan upaya ini. Kisahnya sangat memberi inspirasi.

girl power

 

Empat hari berada di kota Jakarta dipenuhi dengan kunjungan ke ICW selain bersantai disekitar kota. Satu pengalaman menarik buat saya. Hujung tahun ini akan berlangsung satu lagi acara sepertinya. Pasti koleksi akan datang lebih mengujakan.

Air Mata Tertumpah Kerana Habibie & Ainun

Share

20130116-113000.jpg

Air mata saya tertumpah di kota Bandung ketika menonton filem Habibie & Ainun. Kala seorang teman dari Bandung menyarankan kami menonton filem itu saya buat endah tak endah sekadar akur. Apa salahnya! Sangka saya ia sebuah lagi kisah cinta digarap untuk dijadikan hiburan.

Separuh jalan hati mula bertanya, ini kisah benar. Lalu teman saya menerangkan ini kisah mantan perdana menteri ketiga mereka. Filem dari judul sama sebuah novel terlaris 2011 dan menjadi inspirasi kepada semua. Pengarah Faozan Rizal ternyata berjaya menyentuh perasaan seisi pawagam.

Lakonan Reza Haradi dan Bunga Citra Lestari juga sangat menyakinkan. Dihujung cerita air mata tak tertahan lagi. Gugur sendirinya tanpa dapat diseka. Sudah sekian lama menonton filem tanpa ada rasa. Sudah lama tidak ada filem yang mampu membuat air mata saya tumpah.

Sayu hatinya terbawa-bawa di luar pawagam. Saya menyesal kerana tidak membeli novel Habibie & Ainun tetapi sudah dikirim melalui teman di seberang. Menatap gambar sebenar ketika Habibie meratapi kemangkatan Ainun, saya kagum melihat seorang suami mencintai isterinya sebegitu rupa. Lima bintang!