Indonesia Creative Week 2013

Share

photo 1

 

Gelanggang pertembungan ahli fesyen kembali lagi di Kota Kasablanka, Jakarta. Bermula 2012, pada tahun ini Indonesia Creative Week (ICW) akan diadakan dua kali sempena Spring/Summer dan Fall/Winter.

Acara ini menggabungkan jenama hebat dengan pereka fesyen muda berbakat besar. Terdapat juga dekorasi booth yang sangat kreatif buat pengunjung terutama peminat fesyen menjamu mata.

Untitled-1 jkt

Selain aktiviti Creative Fashion Bazaar, acara empat hari itu diisi dengan 30 pertunjukan fesyen koleksi pereka ternama seperti Ramli, Itang yunasz, Ai Syarief, Ennyjeans dan banyak lagi.

Terdapat juga bual bicara bersama pereka fesyen dan pakar fesyen, Seminar Entrepreneur, Kelas Kecantikan kerjasama bersama Pixy Cosmetics, pameran fotografi fesyen, Icon Model Search 2013/2014 dan ICW 2013 Awards.

photo 2

ICW juga memberi penghargaan kepada pereka muda dengan tiga kategori ICW Awards—The Most Creative, Outstanding, dan Favorite’s Designer Awards. ICW adalah satu wadah meningkatkan industri fesyen kreatif di Indonesia dan penghargaan kepada karya pereka Indonesia. Selain memartabatkan jenama, produk dan membangunkan imej fesyen kreatif Indonesia.

rafi

 

Saya berkesempatan bertemu beberapa pereka fesyen muda berbakat seperti Rafi, Gisca dan Angie. Banyak kisah menarik akan saya kongsi di post yang akan datang terutama mengenai bakat Rafi, kanak-kanak kekurangan upaya ini. Kisahnya sangat memberi inspirasi.

girl power

 

Empat hari berada di kota Jakarta dipenuhi dengan kunjungan ke ICW selain bersantai disekitar kota. Satu pengalaman menarik buat saya. Hujung tahun ini akan berlangsung satu lagi acara sepertinya. Pasti koleksi akan datang lebih mengujakan.

Festival Malaysia Inovatif 2010

Share

Ada dua perkara berlaku pada Festival Malaysia Inovatif 2010 baru lalu. Ada tayangan pilot S.H.E pada 24 November dan pertunjukan fesyen (4 orang cast S.H.E juga terlibat) pada 26 November. Kejadian cemas berlaku pada kedua-dua tarikh itu dan banyak memberi pengajaran kepada aku.

S.H.E hotties hadir memeriahkan acara, almaklum lah masing-masing belum menonton S.H.E sepenuhnya lagi. Begitu pun ada kejadian cemas di mana audio S.H.E tidak dapat disediakan tepat pada waktunya. Sudah siap cuma proses lengkap menyediakan DVDnya untuk sampai ke tangan aku, memang tidak sempat. Bagai nak pitam aku mencari usul menyelamatkan keadaan…

Bagi melanjutkan masa pengacara sedang menemubual barisan pelakon S.H.E kiranya macam-macam soalan lah diajukan. Sedang aku membuat beberapa panggilan dan Yong-Le menjadi mangsa. Sorry babe! Rasakan… Akhirnya DVD sampai ke tangan aku… Final visual tetapi sayangnya menggunakan audio asal yang masih banyak kekurangan.

Suspen semua tengok wajah dan aksi masing-masing di skrin besar. Biar pun ada cacatnya tetapi aku telan lah jua. Pengajaran, jangan siapkan kerja-kerja pada saat akhir tetapi paling tidak biar lah sehari lebih awal bagi mengelak kesilapan teknik sebegini. Bagi mengelakkan darah tinggi aku naik jua.

Ni kira macam S.H.E reunion juga’. Bulan puasa penggambarannya dah ini lah kali pertama berkumpul semula. Asyik rasanya dan tak sabar-sabar lagi nak sambung… hmmmm…

Aku dan Nisa’ di sisi S.H.E dolls.. S.H.E hotties… My S.H.E barbie… and Ken…

Tanggal 26 November pula S.H.E turut serta di dalam pertunjukan fesyen Busana Inovatif. Banyak lah pereka fesyen menyertai acara seperti Nik Erwan, Mimpi Kita, Wan Huzairil dan empat pelajar UiTM.

Nyatanya—“working backstage, so much more fun than sitting the front row…”. Sejak di acara pelancaran MV Alyah lagi keseronokan mengemudi pertunjukan fesyen mini itu sangat menyeronokkan. Apatah lagi mendapat peluang mengendalikan pertunjukan fesyen di acara besar anjuran MDEC dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, puas rasanya. Sehinggakan Oda juga teruja, sementelah Rina dari MDEC membawa perkhabaran baik. Bosnya suka dengan acara itu. Syukur! Biar pun tidak lah sehebat dan sebesar M-IFW tetapi cukup untuk langkah pertama kami.
Saat cemas kali ini, biasa lah, kesibukan di belakang pentas yang sangat besar nikmatnya. Minda perlu kental dan hati mesti tenang menanganinya.
Memekik di belakang pentas—Biasa tu! Apatah lagi apabila keciciran model atau saat menukar pakaian tak siap-siap sedangkan pentas sudah kosong.
Kemudian gawat lagi apabila orang kenamaan belum tiba. Lalu rentak perlu ditukar, model kami arahkan berjalan lebih perlahan untuk melengah-lengahkan waktu. Cemas lagi sekali! Begitu pun melihat busana berjalan di atas pentas, finalenya, sangat memuaskan. Orang kenamaan tiba sebaik sahaja acara akhir mahu dimulakan iaitu memperkenalkan kesemua pereka fesyen. Biar pun malam sebelumnya ada Faizal Tahir dan Stacy menyambut Perdana Menteri merasmikan festival ini tetapi secara tidak langsung, persembahan fesyen ini adalah penutup kepada festival ini. Syiok!
Nota: S.H.E juga ada di majlis hari jadi Fazami yang berlangsung di butik Miss Sixty. Tya dan Fara mewakili S.H.E hotties cantik menggayakan outfit mereka.