Meriahkan lagi Hari Natal di One World Hotel dengan sajian enak di Cinnamon Coffee House. Setiap kaunter menyajikan menu hebat masing-masing. Sungguh asyik untuk hari keraian.
Turki pasti disediakan dengan chestnut sumbat, Rib Eye dengan sos pepper, campuran makanan laut dengan krim saffron dan siapa peminat kambing pasti lebih enak dimakan dengan apple dan pear chutney dengan sos cranberry.
Bagi peminat sajian Jepun, terhidang menu seperti sashimi salmon, tuna dan octopus. Sebelahnya pula terdapat lobsters, oysters, mussels, prawns dan crabs.
Diketai chef pastri Syeriff hafizal semestinya sajian manis kamu lebih enak. Lihat sahaja yule log cake, minced pie, ginger churros, cranberry clafoutis dan passion meringue tartlets.
Saya paling sukakan menu India dengan kari kepala ikan yang sangat sedap. Dalam menjaga makanan lebih sihat, tidak semestinya kamu tidak boleh menikmati menu enak. Ambil sedikit jumlah makanan dan kekal bersenam.
Saya hanya menggambarkan sedikit sahaja. Andai mahu gambaran sepenuhnya kunjungi sendiri One World Hotel yang terletak hanya bersebelahan 1 Utama.